Friday 25 November 2011

Aku dapat apa yang aku ingin

Aku mungkin mampu tersenyum bila melihat keadaan yang tidak disangka ini.
Ya. Hati juga sudah dapat menerima apa yang aku inginkan.
Tahniah untuk awak.
Sabar untuk hati.
Boleh camtu ?
Awak bahagia , saya tumpang bahagia. okay ? 

Sunday 13 November 2011

Pernah fikir bila diri ditimpa kesakitan ?

Salam. Hari ini aku mood sopan sikit.
Ada salam permulaan. Wah, baiknya ha.
Herm, terus masuk pasal topik ni.
Pernah tak kau terfikir bila msa-masa ditimpa kesakitan ?
Diberi ujian oleh Allah S.W.T.
Tidak kira sama ada kaki tertusuk duri sewaktu berjalan dengan buah hati??
Menguyah sehingga tergigit bibir akibat terlalu gelojoh ?
Sewaktu menunggang motosikal , mata termasuk habuk-habuk kecil walau sebesar zarah?
Tengah kusyuk memasak, tangan mungkin terkena minyak panas yang memercik?
Dan macam-macam lagi segala kemungkinan yang berlaku dalam hidup seharian.
Tapi ramai yang tidak sedar.
Bila kaki tertusuk duri, kasut atau duri di tengah jalan disalahkan.
Bila makan terlalu gopoh, gigi disalahkan kerana bibir menjadi mangsa.
Bila mata dimasuki habuk, debu-debu dijalanan disalahkan.
Bila tangan terpercik minyak panas, minyak yang disalahkan.
Dan segala macam lagi kesakitan yang datang kau salahkan benda-benda yang berkait di sekeliling.
Tepat kan telahan aku ?
Sebab aku sendiri kadang-kadang salahkan benda yang berkaitan dengan sekeliling pada waktu tu.
Tapi, berapa ramai yang fikir ?
Berapa ramai yang guna logik akal yang diberikan oleh Allah untuk menilai setiap kesakitan yang datang menjelma itu ?
Mungkin hanya segelintir. Yang lebihnya lebih gemar menuduh , memaki-hamun, bahkan melampiaskan amarah pada orang yang bukan sepatutnya.

Ya. Kesakitan yang datang itu bersebab.
Itu apa yang aku fikir. Dan mungkin berkait rapat sebenarnya cuma kita yang tidak sedar.

Saat.
Kaki tertusuk duri, pernah terfikir mungkin kau pernah menjejakkan kaki ke tempat haram ?
Mungkin kau pernah menendang kucing-kucing di tepi jalan yang minta belas kasihan ?
Saat.
Bibir menjadi mangsa akibat terlalu gelojoh, hingga menyebabkan ulser yang buatkan diri hilang selera makan, bibir menahan pedih, pernah terfikir, mungkin kau lupa bibir itu yang selalu mengumpat mengata di belakang?
Mungkin bibir itu yang menipu ramai orang?
Saat.
Mata dimasuki debu-debu hingga menjejaskan penglihatan, pernah terfikir mungkin mata itu melihat benda yang tidak sepatutnya? Mungkin mata itu saling menjeling tajam pada manusia yang tidak bersalah ?
Saat.
Tangan terpercik minyak panas, pernah terfikir mungkin tangan itu yang pernah mencuri sekupang dua? Mungkin tangan itu pernah melempang orang yang tidak bersalah ? Mungkin tangan itu pernah menerima benda haram ?
Saat.
Terjadinya kesakitan itu semua, pernah tak semua terfikir apa salah diri ?
Saat itu mungkin makian yang sedap diberi tetapi alpa pada nikmat Allah yang sejati.
Allah berikan kita kesakitan yang sekecil itu hanya untuk kita sedar akan kesalahan kita yang dahulu.
Bukankah kesakitan itu adalah untuk membuang dosa-dosa kecil ?
Itu yang aku harapkan.
Allah itu Maha Adil lagi Maha Pemaaf.
Setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi.

Nota : Jangan terlalu gopoh menyalahkan yang lain, seandainya semua itu adalah khilaf dari diri sendiri.
P/s : Maaf. Blog juga punya nama sekadar nota, jadi haruslah gambar yang cantik tidak turut serta. Hanya nota berjela cuma.

Thursday 10 November 2011

Terfaktab nak bagi free Kitab Terfaktab ?

Tahniah sudah setahun bergelar terfaktab. Aku nak cuba jugak.
Pantun karut :
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Aku cuba masuk pertandingan,
Hadiah hebat siapa tak mahu ?

Ini kisah berkaitan terfaktab.
TERFAKTAB ?
Dengan adanya terfaktab aku jadi kuat.
Dengan adanya terfaktab aku rasa hebat.
Dengan adanya terfaktab aku bina semangat.
Dengan adanya terfaktab tidur aku sentiasa lewat.
Dengan adanya terfaktab aku cuba untuk berbakat.
Dengan adanya terfaktab aku tak kenal erti lelah penat.
Dengan adanya terfaktab aku dapat kenal penulis hebat.     
Dengan adanya terfaktab aku cuba sesuatu sampai dapat.
Dengan adanya terfaktab nota kuliah aku dah berlipat-lipat.
Dengan adanya terfaktab ketawa aku tidak lagi dibuat-buat.
Dengan adanya terfaktab kadang-kadang aku belajar jadi jahat.
Dengan adanya terfaktab, entry aku keluarkan saat malam makin lewat.
Dengan adanya terfaktab aku belajar yang mana asli, yang mana dibuat-buat.

P/s : Agak-agak entry ni ada kaitan atau saja dibuat-buat ? haha.

Nota : Definisi cinta infiniti itulah dia terfaktab. Aku nak jugak Kitab Terfaktab, kalau ada yang baik hati nak sedekah kan kat aku,  cari aku kat Laman Muka Buku ni . Nanti kita dating. haha ~

# Ini LINK untuk ke TERFAKTAB. Kalau berani cubalah !

Tuesday 8 November 2011

The game is over. Try again.

Okay. DONE !
Permainan ini mungkin dah tamat bagi kau.
Permainan hati. Mungkin.
Mungkin sudah tertera kenyataan ini :
"The game is over."
Oh , kau pasti kau dah menang?
Untuk kepuasan kau, mungkin kau fikir kau sudah menang.
Tapi tidak bagi diri dia.
Kalah bukan bererti dia lemah.
Menang tak bererti kau hebat.
Tetapi dia mungkin bagi kau peluang untuk kau merasa puas.
Kau tak pernah sedar dengan apa yang kau dah buat.
Dia cuma sedar yang cinta dan sayang dia masih punya harga untuk dinilai oleh insan lain.
Dalam game ini hati kita adalah sebagai pengadil.
Ya. Hati berhak untuk mengadili yang mana lebih layak untuk bergelar pemenang.

Kau.
Ya, kau .
Mungkin kau akan jadi pemenang.
Jika kau mampu takhluk hati dia.
Jika kau mampu pikat keluarga dia.
Jika kau mampu beri hati kepada dia.
Jika kau mampu menjadi penyeri hidupnya.
Jika kau mampu main dengan penuh gaya.
Ya, kau akan menang dengan penuh bergaya.

Nota : Dia tidak akan cuba untuk main kotor dalam permainan hati. Itu sampah kau tahu ?

Monday 7 November 2011

Ini mengada. Aku tahu .

Okay.
Nak cakap depan malu.
Err. Sejak bila tahu malu, sebelum ni semua main redah ?
Oh, come on. Aku pun ada perasaan malu jugak okay.

Err.
Awak, saya rindu.
Itu saja.
Okay .

Nota : Terima kasih kawan selalu sangat buat saya tersenyum sendirian pada permulaan ini. Harap tidak akan buat saya menangis sendirian untuk esok yang mendatang .   

Friday 4 November 2011

Rasa Yang Tertinggal

Ya. Rasa yang tertinggal mungkin tidak akan sama dengan rasa yang ditinggal.
Okay, faham tak ?
Tertinggal dengan ditinggal adalah beza.
Aku pun pening apa yang aku nak sampaikan.

Yang pasti !
Rasa yang tertinggal itu mungkin hanya kenangan masa lalu.
Rasa yang ditinggal itu mungkin untuk melepaskan apa yang terbuku.

Aku tak mampu untuk menyatakan.
Cuma hanya rasa itu yang tertinggal.

Aku tak mampu untuk mengungkapkan.
Cuma kata-kata di hati yang kedengaran.

Aku tak mampu untuk meluahkan.
Cuma senyuman palsu yang aku hadiahkan.

Aku tak mampu lagi untuk bertahan.
Cuma keluhan yang kedengaran.

Aku tak mampu untuk menafikan.
Cuma aku biarkan hati yang mengiakan.

Nota : Rasa yang tertinggal itu mungkin terpalit di hati dengan kesan tersendiri. Sukar untuk dihakis.Jadi aku biarkan ia sendiri.



Wednesday 2 November 2011

Pendapat peribadi.

Entry tak da kaitan yang ada di hati. Cuma pendapat peribadi.
Setiap orang punya cara yang beza dalam hidup masing-masing.
Sini punya cerita jugak beza.
Ya . Beza sama sekali.

Hey kawan !
Ya mungkin kawan.
Dulu kau cakap kau kawan.
Sekarang aku rasa kau hilang tanpa dapat dikesan .
Kau hilang bila hati kau sudah punya taman.
Macam ini kah kawan ?

Kawan.
Aku ada bila kau perlu.
Tapi kau buang aku bila kau tak perlu.
Kau buat semua secara melulu.
Kau memang tak tahu malu.
Kau datang bila kau nak pinjam bahu aku.
Untuk lepaskan tangis syahdu.
Aku tak peduli dengan semua tu.
Cuma aku harap satu.
Tolong jangan jadikan orang lain macam aku.
Bukan semua orang hati batu.
Yang boleh kau buat tanpa fikir dahulu.

# hati terluka dengan perbuatan kau, mungkin kau tak tahu sebab kau tak pernah selami hati aku.

Nota : Kawan biar ikhlas. Jangan cari kawan bila perlu sebab aku tahu kawan-kawan yang baik akan ada selalu. Bukan saat gembira tp saat berduka pun tetap selalu.

Tuesday 1 November 2011

Please be nice .

Bahagia Datang Tanpa Dipinta .
Terima kasih awak.
Hanya sepatah perkataan.
Mampu melukis segaris senyuman .
Hati mungkin tersenyum senang.

P/s: You , please be nice with me.