Friday 27 April 2012

Sepi

" Kali pertama aku rasa hidup aku kosong, sepi. Adakah sebab aku semakin tua ? "

" Bukan. Itu disebabkan ini kali pertama kau betul-betul jatuh cinta dengan seseorang , tetapi seseorang itu menyakitkan kau sebegini rupa, hingga kau tidak berdaya merasa apa-apa."




Sumber : Dunia Sebelah Zara

Sunday 22 April 2012

Jodoh dan cinta.

Jodoh dan cinta adalah sesuatu yang berbeza.



Kadang-kadang ada jodoh yang datang dahulu , kemudian baru cinta.
Kadang-kadang ada cinta datang dahulu , kemudian baru bertemu jodoh.
Kadang-kadang ada yang tak bercinta tapi bertemu jodoh.
Kadang-kadang ada yang bercinta sekian lama , tapi tetap tidak punya jodoh.

Dan ya , aku tahu masing-masing dalam situasi masing-masing.
Cuma aku tak dapat nak letak di bahagian mana situasi aku sekarang.

Nota : Biar jodoh aku datang dahulu biarpun aku masih belum kenal siapa kepunyaan cinta aku.

Saturday 14 April 2012

Masih ada rupanya rasa itu.
Ahh , tolong pergi jauh.
Itu yang aku minta.
Harap kau mampu tunaikan.

Saturday 7 April 2012

Andai.

Seandainya hati ini mampu meluahkan bicaranya ,
aku pasti aku akan kaku tanpa suara.

...

Ayat manis itu mampu mengocak jiwa.

Thursday 5 April 2012

Perpisahan kadangkala hasilkan kegembiraan.



Papan notis dipandang sekilas  untuk melihat informasi terkini. Ah , masih ada perjumpaan yang perlu dihadiri. Esok jam 8 malam di kelas B6.  Jadual sebagai mahasiswa dan mahasisiwi memang indah tatkala di awal semester.
**
“Eh, Fyn, kau nak pergi tak ni perjumpaan untuk kelab futsal  ? Kau kan memang suka main futsal ni.” Soal Amira. Amira dan Syafina atau lebih gemar dipanggil Fyn sememangnya kenal sejak mereka mula memasuki UiTM Merbok ini.
“Haruslah pergi. Mana tahu ada jumpa yang berkenan di hati nanti. ” Fyn berseloroh. Memang itu sifatnya. Terlalu mudah bergurau dengan sahabatnya.
“Amboi dah tak betul niat nak ke perjumpaan tu Fyn oi. Baik betulkan niat kau tu.”
“Alah aku cakap dengan kau je. Mana ada aku cakap macam tu dengan yang lain. Lagipun aku bergurau je la. Aku kan pemain setia futsal. Dah, dah jom gerak sekarang.”
Di satu sudut kelas B6 , Helmi terasa bagaikan diperhati oleh seseorang. Fyn masih galak memerhati jejaka itu tanpa disedari empunya diri menyedarinya.
Helmi pantas cuba mengubah arah. Fyn yang sedar akan tindakannya cuba melarikan wajah seolah tiada apa yg berlaku. Selesai perjumpaan masing-masing kalut mengorak langkah keluar dari kelas B6.
“Awak. Awak. Si jersi Harimau Malaya !! ” Cuma itu yang keluar dari mulut Helmi.
Serentak Fyn menoleh. Jari telunjuk di arah ke wajah sendiri. Aku ke yang si kacak ni panggil ? “Saya ke ? ”
“Awak je yang semangat dengan jersi ni. Mana ada orang lain pakai jersi sekarang ni kan ?”
“Helmi.” Helmi memulakan kata.
“Syafina. Errrr, Fyn.” Fyn gugup bila berdepan dengan Helmi. Mana tidaknya, Helmi pasti menyedari perbuatannya sebentar tadi.
“Fynn !! Cepat. Aku dah lapar ni. ” Mira cuba menyelamatkan Fynn.
“Ok Helmi. Pergi dulu.”
“Fyn. Jumpa di perlawanan futsal nanti. Fyn jadi penyokong Helmi. Helmi jadi penyokong Fyn. Okay .” Helmi sempat berbisik kepada Fyn. Fyn kaku sebentar.
“Fyn, kau okay tak ni ? Senyum sorang-sorang , betul ke tak ni ? ” Risau Mira dengan keadaan Fyn. Namun, Mira sedar ini pasti kerana si Helmi tadi. Fyn seolah-olah tidak bertepuk seorang diri. Helmi seakan memberi respon yang baik.

***
Tiba hari perlawanan. Masing-masing sibuk dengan penyokong dan semangat masing-masing. Fyn cuba menyokong Helmi dari jauh sehingga tamat perlawanan . Malu untuk berterus-terang.
“Helmi tu dah la kacak, pandai berfutsal pula tu. Kalau aku lawan futsal berdua dengan dia, dia nak mengalah tak dengan aku ?” Fyn cuba bergurau dengan Mira.
“Saya akan cuba mengalah demi awak.” Satu suara muncul dari belakang. Helmi melemparkan senyuman yang paling manis.Fyn malu. 
“Okay. Kalau macam tu tak perlu main lah. Saya dah tahu, saya akan menang sebab awal-awal lagi awak dah mengalah.”
“Hari ini awak dah jadi pemenang dalam hati saya. Sebagai hadiah, teman saya minum. Haus ni awak. Eh, pinjam kawan awak kejap eh. ” Helmi meminta izin dari Mira. Fyn kalah dengan senyuman Helmi. Kaki bergerak ke Kiosk Ayamas yang berdekatan gelanggang futsal.
“Awak tak kenal saya lagi, kenapa awak berani cakap macam tu ? ” Fyn menyoal. Sekadar inginkan jawapan.
“Apa yang saya tahu, hati saya nampak sesuatu yang istimewa dalam diri awak. ” Helmi meyakinkan Fyn.
Saat itu, Helmi semakin rapat dengan Fyn. Setiap kali ada perlawanan, pasti masing-masing menjadi penyokong setia.
 Helmi pasti Fyn punya aura tersendiri yang mampu buat hati lelakinya cair saat melihat Fyn. Biarpun Fyn agak kasar di mata lelaki lain , tetapi tidak bagi Helmi. Fyn cukup terserlah keayuannya bagi mata Helmi.
Hubungan mereka akrab sehingga tamatnya proses diploma mereka berdua.

***
“Awak, ini hadiah untuk awak. Selamat hari lahir Aqram Helmi. “ Hadiah bertukar tangan.
Helmi rakus mahu melihat hadiah yang diterima.
“Eh, jangan buka sekarang. Kalau ya pun bersabar la dulu. Tunggu la nanti .” Fyn malu.
Tiba di bilik, Helmi terus ingin melihat hadiah dari Fyn.
Sebiji patung beruang  bersama poket kecil di bajunya. Terselit sekeping nota bersama. “Kalau awak ikhlas dengan saya , awak datang untuk majlis konvokesyen kita nanti bersama kemeja ini. Sayang awak , Helmi. “
Helmi tersenyum dengan pemberian Fyn. “Tak la macho sangat Fyn ni bagi benda-benda comel macam ni. Tetap ada manjanya.” Bisik Helmi sendirian.

***
Tamatnya semester akhir, maka tamatlah pengajian untuk diploma mereka. Hubungan Fyn dan Helmi masih bertahan cuma tidak seakrab seperti di kampus.
Fyn sekarang cuba menerima hakikat dirinya bertarung dengan penyakit kanser. Seboleh mungkin Fyn cuba untuk merahsiakan penyakitnya ini dari Helmi. Cukup hanya keluarganya menjadi tempat Fyn meluah rasa. Fyn cuba untuk kuat demi Helmi dan keluarganya.
Helmi sedar akan kerenggangan hubungannya dengan Fyn. Biarpun dia cuba , namun dia sedar Fyn semakin cuba menjauhinya.
Hati lelaki Helmi kuat menyatakan sesuatu yang Fyn cuba untuk sembunyikan.

***
“Selamat Bergraduasi Fyn. “ Helmi cuba menegur Fyn.
“Awak juga. Selamat Bergraduasi.” Fyn cuba menyembunyikan rasa sakitnya.  Wajah semanis mungkin cuba dilontarkan.
“Helmi, saya pulang dulu. Ada umur yang panjang kita jumpa lagi. Ada jodoh kita bertemu kembali. Ini untuk awak.” Fyn menghulurkan sekeping kad kepada Helmi. Mata berkaca saat kad bertukar tangan. Fyn yang tidak mahu Helmi melihat airmatanya lantas berlalu pergi.
“Awak, terima kasih sudi jadi penghuni hati saya yang paling indah.” Helmi membalas bersama satu senyuman yang cukup dirindui Fyn. Namun Fyn tidak kuat untuk melihat senyuman itu.
Helmi lantas membaca kad yang diterima tanpa mempedulikan rakan-rakan yang lain. Masing-masing dengan wajah kegembiraan. Cuma dia. Hatinya gembira dengan kejayaan itu namun sedih dengan pertemuan yang cukup singkat itu.
Kad dibuka.
Awak, terima kasih sebab awak buat hati saya terisi dengan kegembiraan sepanjang kita bersama. Maaf. Saya cuba untuk menjauhkan diri dari awak. Saya mahu awak belajar untuk hidup berjauhan dari saya. Manusia tidak selamanya bersama kan ? Saya tahu Helmi yang ada dalam hati saya ini cukup kacak dan kuat hatinya. Saya belum cukup sempurna untuk berada di sisi awak. Saya tahu diluar sana masih ramai lagi yang akan menggantikan saya. Bukan bermaksud saya mainkan hati awak, Cuma saya mahu awak terus kuat dan cuba belajar untuk teruskan hidup tanpa gadis yang bernama Fyn di sisi awak. Saya harap doa akan menjadi komunikasi yang paling utuh buat kita berdua. Kerana sayangkan awak, saya rela pergi dan biarkan harapan kita musnah ditengah jalan dari biarkan harapan kita tanpa apa-apa jawapan. Saya faham. Semakin kita cuba untuk melupakan, semakin kuat kita mengingatkan. Saya tidak minta untuk awak lupakan saya, tapi cukup untuk awak teruskan kehadapan tanpa berpaling melihat saya lagi.Doakan kesihatan saya. Selamat tinggal Helmi.Terima kasih sudi menyarungkan kemeja itu di badan awak.
Kad ditutup. Air mata Helmi yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah membasahi kad itu.
Helmi cuba mencari kelibat Fyn untuk meminta kepastian. Namun hampa.
***
2 tahun berlalu.
Helmi semakin kuat. Fyn semakin kuat dan sembuh dari kansernya selepas pembedahan.
Semakin cuba melupakan semakin dia terasa dekat dengan Fyn.
Di tempat kerja , Helmi sibuk dengan kerjanya tanpa memandang seorang kakitangan baru mereka saat itu. Menerima seorang kakitangan baru itu perkara biasa bagi Helmi. Pekerja baru itu cuba beramah mesra bersama dengan yang lain lalu menghampiri Helmi untuk memperkenalkan diri.
“Hai, saya Syafina. Fin.” Senyum perkenalan dilemparkan.
Helmi terkedu mendengar suara itu. Lantas wajah cuba didongak melihat pemilik suara. “Alhamdulillah. ” Itu yang terluah. Helmi lantas teringat kata-kata Fyn suatu ketika dahulu. "Ada umur yang panjang kita jumpa lagi. Ada jodoh kita bertemu kembali."
***
Kita memang ditakdirkan untuk jatuh cinta suatu ketika.
Menerima kehilangan dengan hati terbuka ,itu ujian dari Yang Berkuasa.
Tetapi andai bertemu semula itu mungkin jodoh kita.
Sudah pasti itu hadiah dari Yang Maha Esa untuk hambaNya.




Wednesday 4 April 2012

Parah.

Hati makin parah.
Ya aku rasa.
Aku tak mengerti kenapa dan mengapa aku perlu ingat kan kau lagi.
Tapi itu lah realiti.
Aku penat dan lelah diri ini.
Berikan aku ruang untuk bernafas dengan sendiri.
Tidak perlu kau munculkan diri kau lagi.

Nota : Beri ruang untuk rasa itu. Boleh kan ? 

Aku Cuba

Cinta itu datangnya dari hati.
Sampai waktunya,
Si kumbang akan berjumpa bunganya sendiri.

Monday 2 April 2012

Perlukah ?

Perlukah hati yang dipersalahkan ?
Perlukah kenangan yang dipersalahkan ?
Tapi keduanya berkait rapat dengan awak.
Tak mungkin awak yang akan dipersalahkan.
Saya juga punya kesalahan.
Meskipun awak yang buatkan ianya jadi kenangan.
Biarpun kenangan itu dari manis bertukar kepahitan.
Saya cuba bertahan.




Nota : Saya cuma teringatkan awak yang dahulu. Mana awak pergi?

Sunday 1 April 2012

Menipu lagi.

Kau suka menipu.
Kalau cakap je yang betul apa salahnya ?
Apa ? Malu ?
Jadi la berani sikit.
Malu tak bertempat apahal ?