Sunday 13 November 2011

Pernah fikir bila diri ditimpa kesakitan ?

Salam. Hari ini aku mood sopan sikit.
Ada salam permulaan. Wah, baiknya ha.
Herm, terus masuk pasal topik ni.
Pernah tak kau terfikir bila msa-masa ditimpa kesakitan ?
Diberi ujian oleh Allah S.W.T.
Tidak kira sama ada kaki tertusuk duri sewaktu berjalan dengan buah hati??
Menguyah sehingga tergigit bibir akibat terlalu gelojoh ?
Sewaktu menunggang motosikal , mata termasuk habuk-habuk kecil walau sebesar zarah?
Tengah kusyuk memasak, tangan mungkin terkena minyak panas yang memercik?
Dan macam-macam lagi segala kemungkinan yang berlaku dalam hidup seharian.
Tapi ramai yang tidak sedar.
Bila kaki tertusuk duri, kasut atau duri di tengah jalan disalahkan.
Bila makan terlalu gopoh, gigi disalahkan kerana bibir menjadi mangsa.
Bila mata dimasuki habuk, debu-debu dijalanan disalahkan.
Bila tangan terpercik minyak panas, minyak yang disalahkan.
Dan segala macam lagi kesakitan yang datang kau salahkan benda-benda yang berkait di sekeliling.
Tepat kan telahan aku ?
Sebab aku sendiri kadang-kadang salahkan benda yang berkaitan dengan sekeliling pada waktu tu.
Tapi, berapa ramai yang fikir ?
Berapa ramai yang guna logik akal yang diberikan oleh Allah untuk menilai setiap kesakitan yang datang menjelma itu ?
Mungkin hanya segelintir. Yang lebihnya lebih gemar menuduh , memaki-hamun, bahkan melampiaskan amarah pada orang yang bukan sepatutnya.

Ya. Kesakitan yang datang itu bersebab.
Itu apa yang aku fikir. Dan mungkin berkait rapat sebenarnya cuma kita yang tidak sedar.

Saat.
Kaki tertusuk duri, pernah terfikir mungkin kau pernah menjejakkan kaki ke tempat haram ?
Mungkin kau pernah menendang kucing-kucing di tepi jalan yang minta belas kasihan ?
Saat.
Bibir menjadi mangsa akibat terlalu gelojoh, hingga menyebabkan ulser yang buatkan diri hilang selera makan, bibir menahan pedih, pernah terfikir, mungkin kau lupa bibir itu yang selalu mengumpat mengata di belakang?
Mungkin bibir itu yang menipu ramai orang?
Saat.
Mata dimasuki debu-debu hingga menjejaskan penglihatan, pernah terfikir mungkin mata itu melihat benda yang tidak sepatutnya? Mungkin mata itu saling menjeling tajam pada manusia yang tidak bersalah ?
Saat.
Tangan terpercik minyak panas, pernah terfikir mungkin tangan itu yang pernah mencuri sekupang dua? Mungkin tangan itu pernah melempang orang yang tidak bersalah ? Mungkin tangan itu pernah menerima benda haram ?
Saat.
Terjadinya kesakitan itu semua, pernah tak semua terfikir apa salah diri ?
Saat itu mungkin makian yang sedap diberi tetapi alpa pada nikmat Allah yang sejati.
Allah berikan kita kesakitan yang sekecil itu hanya untuk kita sedar akan kesalahan kita yang dahulu.
Bukankah kesakitan itu adalah untuk membuang dosa-dosa kecil ?
Itu yang aku harapkan.
Allah itu Maha Adil lagi Maha Pemaaf.
Setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi.

Nota : Jangan terlalu gopoh menyalahkan yang lain, seandainya semua itu adalah khilaf dari diri sendiri.
P/s : Maaf. Blog juga punya nama sekadar nota, jadi haruslah gambar yang cantik tidak turut serta. Hanya nota berjela cuma.

No comments:

Post a Comment