Friday 7 October 2011

Semanis Kurma

Oh yes ! program semanis kurma ni sgt menarik perhatian aku. Aku maksudkan utk episode yg bertajuk DIA UNTUKKU. Hah. Aku memang tertarik sgt dengan setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh ustazah husna merangkap isteri kepada Imam muda Aysraf iaitu tetamu jemputan untuk episode pada malam tersebut.

salah satu bait-bait kata : Perempuan umpama tikus , lelaki umpama kucing dimana kucing akan sentiasa mengejar tikus untuk dijadikan makanan. Makanya tikus harus dan mesti berhati-hati dalam setiap langkah yg dilalui dan yg berlaku disekelilingnya. Begitu la jugak dengan si perempuan. Setiap perkara yg dibuat tambah-tambah bila melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kita sebagai perempuan ni kena la hati-hati dlm hidup, berjaga-jaga dlm setiap masa, mesti tinggi nilai kita di mata seorang lelaki.

Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yg baik, begitu la sebaliknya. Dah ramai yg pernah dengar benda ni kan. Jadi fikir-fikirkan lah untuk keselamatan, kesejahteraan diri kita jugak nanti.

p/s : Pesanan untuk diri aku sendiri dan jugak untuk kawan, malah setiap insan yang bergelar wanita.

#Jaga diri, kuatkan hati, insyaallah terbela diri .

No comments:

Post a Comment