Friday 7 October 2011

Paksa

Hai gadis kacak .

Aku nak luahkan sikit perihal paksa. Anda-anda pernah merasai di mana keadaan tersebut memaksa anda untuk melakukan sesuatu yg anda tak suka ?

Yes. Aku pasti ramai sgt yg pernah merasainya. PAKSA. Bila diletak dgn imbuhan di depan dan dibelakang, byk maksud yg dapat dirungkaikan. Memaksa, terpaksa, dipaksa, keterpaksaan, dipaksakan, paksaan. Dan mcm-mcm jenis paksa lg. Tak kira la paksa jenis mcm mana pun tp bagi aku, aku memang jenis yg tak suka kena paksa melainkan paksaan tersebut sememangnya memerlukan aku untuk melakukannya.

Mesti tak faham kan ?

Ok contoh paling senang dalam perhubungan. Sapa yg suka kalau nak kawan pun kena paksa ? Come on la ! tak menarik langsung ok. Aku pernah menghadapi situasi mcm ni. Bukan diri nak berlagak sombong atau apa. Cuma kalau ikhlas nak berkawan dgn diri kita, tolong lah, tolong jgn paksa untuk buat sesuatu yg memang kita tak suka.

Bila berkawan ja, nak ajak keluar. Nak ajak makan-makan. Nak ajak jalan-jalan. Memang la aku suka semua tu tp bukan dgn cara paksa dan bukan berdua. Bawa geng baru best kan ? Tak boleh ka nak tunggu sampai di mana satu tahap yg kita panggil selesa ?

Aku sendiri tak suka bila baru kenal, nak melakukan aktiviti seperti tersebut. Sikit-sikit nak keluar. Sikit-sikit nak ajak berjumpa. Dah tu bila tak mau kena paksa pulak. Di beri pilihan sama ada jadi keluar atau nak pergi. Memang la perkataan tak sama, tp maksud nya sama la cek.

Tapi aku memang seorang yg keras hati. Bila aku ckp yg tu, makanya yg tu la. Terpulang la nak bertahan atau tak. Aku tak kisah. Bila cakap kt abah. Ha lg senang jawapan abah. tak payah nak kawan-kawan, kahwin terus. Senang. Ok fine. Aku tak mau.

Aku akui aku memang bukan gadis yg baik. Aku seorang gadis kasar, tak nampak sangat ciri-ciri gadis idaman lelaki tp seboleh mungkin aku cuba untuk jd baik dengan cara aku sendiri. Bila aku tak suka untuk keluar berdua sebagainya mcm tu, mesti la hang faham kan ?
Bukan apa, bila ada yg pertama, tak mustahil untuk yg kedua, bila dh yg kedua, mesti akan ada yg ketiga. Dah tu kalau keluar berdua mesti la jd tiga ye dak ? aku cuba elak la benda mcm ni.

p/s : Nak jd baik memang susah. Tp seboleh mungkin kita perlu jd kuat untuk bertahan dgn diri .
 # Abah : Cakap kat dia, tak payah kawan-kawan lah. Masuk kahwin terus. Erk ?! Ok bye.

No comments:

Post a Comment