Friday 7 October 2011

Kembar

Yes. Kali ni tentang kembar. 
Aku pasti siapa-siapa yg peka dengan isu semasa pasti akan sedar dengan isu ni.

Bukan la isu sgt pun cuma kisah tentang bayi kembar siam dari Terengganu yg tak dapat dipisahkan. Aku tak dapat bayangkan macam mana 1 hari nanti pasangan kembar siam ni nak menjalanani kehidupan seperti kanak-kanak yg lain. Pembedahan tak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu lebih-lebih lagi kembar siam ni hanya mempunyai 1 jantung. 

Mereka berkongsi jantung ! 2 jasad tetapi 1 jantung. Ya. Aku sangat bersimpati dengan bayi tersebut. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup mereka nanti . Amin.

Aku sebagai pasangan kembar, sangat-sangat bersyukur dengan apa yg ada. Sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui segalanya. Selama 20 tahun dilahirkan sebagai pasangan kembar, lelaki dan perempuan , aku berterima kasih sgt-sgt pada mak dgn abah yg bersabar byk dengan segala karenah kami. Sangat bahagia sebagai pasangan kembar, bertuah sebab tak semua orang ada kembar. Lagi bertuah sebab kami kembar sepasang.

Bila bercerita pasal kembar ni , semua orang mesti ckp bestnya, sweetnya, dan mcm-mcm lg kan. Memang best pun. Hee. Memang sweet pun. Semua nak sama kan tp masa kecik-kecik dulu la. Ni dah besar gajah ni ha. Ok tipu. Gajah besar sgt. Masa dah menigkat dewasa ni ha, dah boleh kahwin dah. Haha. Ada la jugak yg sama kadang-kadang tu tp tak semua la kan. Tak kan la baju nak 100% sama kan. Mana boleh. Aku pompuan, dia lelaki , tukar baju. Dia jd pompuan aku jd laki. Ha tak la sampai cmtu. Melampau sgt tu. Ada yg nak sama pun sikit ja kan.

Sebenarnya tak tau nak cerita apa pasal kembar. Aku mampu ckp yg kami bertuah. Alhamdulillah. Syukur.

#SAYANG ABAH. SAYANG MAK. SAYANG SI KEMBAR.

No comments:

Post a Comment