Friday 2 December 2011

Terpaksa untuk kebaikan dua pihak .

Bersama lagi setelah diam untuk seketika.
Mungkin semangat untuk menaip hilang begitu sahaja.
Aku pelik ke mana semangat itu menghilang.
Mungkin hati juga salah satu sebabnya.

Okay masuk topik.
Menipu dalam apa jua sebab adalah tidak dibenarkan .
Itu apa yang aku tahu.
Tapi untuk kepentingan dua pihak, aku rasa ianya perlu.



Andai kau sendiri hadapi keadaan seperti ini ,
Mungkin kau tahu apa yang aku rasa.
Bukan sengaja untuk menipu.
Tetapi aku perlu demi masa depan.
Dia mungkin hanya kecewa pada hari ini.
Dan mungkin dapat menggapai bahagia pada hari esok.
Andai mulut dan hati tidak seiring untuk apa ada rasa itu?
Pernah kau fikir?

Maaf untuk penipuan kali ini.
Aku terpaksa dari melihat kau kecewa kemudian hari.
Aku sendiri pernah merasainya.
Jadi aku tidak mungkin akan mahu ianya berulang lagi kepada kau kawan.
Aku tahu ianya sakit.
Ianya perit.
Itu adalah sebab mengapa aku terpaksa melakukan nya.
Mungkin kejam bagi kau pada hari ini.
Tapi tidak bagi kau pada hari mendatang.
Aku belajar dari kesilapan.
Maaf , untuk keterpaksaan itu.

No comments:

Post a Comment