Friday 14 October 2011

Jangan Benci Insan Itu

Dalam hidup ni kalau boleh jangan cuba untuk membenci insan yang pernah bertakhta di hati kita.
Kelak diri merana.

Aku acap kali terdengar orang berbicara.
Si A : Aku benci Kamal sebab dia dah hancurkan hati aku.
Si B : Memang patut pun bencikan Si Kamal tu sebab dia buat hang merana sampai mcm tu sekali.
Si C : Eh, rasanya tak perlu sampai nak benci. Setiap insan ada buat salah jd tu mungkin salah  dia.

# Siapa kita nak hukum dia ? Aku faham mengapa dan kenapa bila terputusnya perhubungan di pertengahan jalan, kita akan mula untuk mencambah sifat benci dalam diri kepada orang tersebut. Kerana sakit hati mengatasi segalanya.

Sendiri fikir.

Mengapa pada mulanya hubungan yang disemai dengan kasih sayang kini mahu dibajai dengan kebencian ?
Tidakkah itu suatu kerugian ? Kita mungkin boleh merancang masa hadapan dengan yakin bahawa tidak mungkin kita akan bersama semula dengan dia yang kita pernah cinta pada mulanya dan benci pada akhirnya.

Tetapi , yakin kah ? sedangkan masa hadapan Allah S.W.T yang tentukan. Kita hanya merancang.

Andai masa hadapan, insan yg dibenci itu adalah tulang rusuk anda, tidakkah ianya sesuatu yang merugikan ? Hanya kerana satu kesilapan, kita tersalah mencorak hati kita. Sedangkan pada waktu yang ada itu mungkin kita boleh bahagia tanpa sifat benci.

Nota : Jangan tambahkan lagi kegembiraan di hati iblis dan syaitan yang melonjak riang dengan adanya sifat benci dalam diri kita.
P/s : Aku tidak pernah dan tidak akan sesekali untuk membenci dia.






No comments:

Post a Comment