Sunday 23 October 2011

Dulu Terlanggar Bahu, Sekarang I Love You

# Cerpen yang pertama .


"Dulu Terlanggar Bahu, Sekarang I love You ."



Sekilas aku melihat jam hitam kesayangan di pergelangan tangan kiri. Jam sudah menganjak ke pukul 8 pagi.
“Ah sudah ! aku dah lewat ni. Program bermula 8 pagi tapi sekarang dah terpacak jam 8 pagi ni ha. Aku tak  sampai-sampai lagi ni. Ya Allah , bantulah aku.” Doa Iman di dalam hati.  Dalam kelam kabut terlewat, masih lagi sempat untuk memohon bantuan dari Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Dalam kekalutan melangkah, seorang pensyarah wanita melintasi di hadapannya. Serta-merta langkah kaki dihentikan. Kalau diteruskan langkah alamatnya dirempuh la pensyarah wanita tu.
“Sudah la tegas, nanti tak pasal-pasal aku yang kena”.  Mulut kecil masih mengomel sendirian setelah kaki dihentikan .
“Argh ! sakitlah .” Iman marah kerana bahunya seperti dilanggar seseorang dari arah belakang.
“Weh, apahal berhenti tengah jalan macam ni. Kan dah kena langgar. ” Hakimi membalas marah gadis di depannya itu yang dilanggar tanpa sengaja.
“Kau langgar aku siapa suruh ? Kalau tercabut bahu aku, aku cabut bahu kau pulak ! ”
“Eh aku terlanggar sikit ja. Bukannya sengaja. Melampau betul sampai nak tercabut bahu bagai. Siapa suruh berhenti jadi tugu Uitm kat sini”
“Siapa suruh jalan tak tengok sini. ” Iman membidas sambil megutuk di dalam hati. “Patut la tak nampak aku kat sini, specky . Memang tak nampak la. Tapi aku yang berdiri tegak dia tak nampak biar betul . ish ! Tak patut betul ”
“Oh. Okay. Sorry .” Hakimi berlalu pergi. Dia malas mahu bertekak dengan ‘Gadis Degil’ itu. Dia jug terlambat sebenarnya untuk ke program pada hari itu. Gadis Degil. Ya itu nama yang sesuai untuk gadis tu.
Iman sudah pasti dia akan dikenakan denda kerana terlewat menghadiri program itu.  Langkah di atur lebih laju menuju ke Dewan Perdana yang tersergam megah dia dalam kampus Uitm Kedah ini.
Masuk sahaja langkah kakinya ke dalam dewan itu, tepukan gemuruh beserta sorakan di berikan.
Rona wajah Iman bertukar merah. Malu. Marah.
“Alah, aku tau la aku terlewat. Tak perlu lah nak sambut kedatangan aku ni sampai macam ni.”  Iman mengomel seorang diri.
Pengacara majlis terus mengumumkan hanya 2 orang mahasiswa yang terlewat pada pagi itu. Maka denda pasti akan dikenakan untuk mereka.
“Okay jugak ada yang lewat lagi seorang. Boleh kena denda dengan aku sekali. ” Iman tersenyum.
“Menyanyi !!”
“Menari !!”
“Berlakon !!”
Bergema sorakan dan jeritan mahasiswa di dalam dewan ini. Seronok untuk mengenakan rakan di depan.
“Nama saja mahasiswa, tapi menjerit mengalahkan budak tadika. ” Iman marah. Dia tahu sebentar lagi dia akan jadi bahan utuk diketawakan.
Akhirnya seorang lagi mahasiswa yang terlewat datang ke hadapan dewan itu.
Iman muncul ke hadapan selepas diminta.
“Eh ni Gadis Degil yang aku terlanggar tadi ni. Oh , patutlah kelam-kabut, ke sini jugak langkahnya. Terpaksa la aku tengok muka dia lagi. ”  Hakimi berdialog sendiri.
Iman terkejut melihat lelaki di sebelahnya. Namun, lagak bersahaja menegur lelaki itu.
“Aku kena denda dengan kau eh ? Padan muka. Langgar aku lagi.”
“Dah aku terlanggar kau, aku terlewat lah . Nasib lah badan kena denda dengan kau pulak.”
Seisi dewan tiba-tiba bertukar diam. Hanya kedegaran nyanyian dari Iman dan Hakimi. Ada yang tersenyum, ada yang ketawa mendengar nyanyian dari mereka berdua. Comel nyanyian itu.
“Eh, sepadan kan lelaki tu dengan Iman. ” bisik Rina kepada Intan.
Mereka berdua merangkap teman sebilik Iman, tetapi tiba awal ke dewan. Malas mahu mengejutkan Iman dari tidur. Penat. Iman memang sukar mahu bangun. Akibatnya, denda di hadapan lah jawabnya.
Iman sedar dan dia nampak rakannya yang sedang berbisik itu. Dia tahu, malam nanti dia akan dijadikan bahan untuk bergosip oleh mereka berdua.
“I love you. You love me .”
“We`re happy family.”
“With a great big hug and a kiss from me to you ”
“Won`t you say you love me too”
Lagu dari ‘Barney and friends- I Love You ’ menjadi pilihan Iman. Itu lagu yang paling Iman suka. Dia hidup dengan lagu-lagu seperti itu. Indah katanya. Dia tidak peduli dengan pilihan lagu dari Hakimi . Akhirnya Hakimi mengalah dengan Gadis Degil itu. Dia malas mahu bertekak. Dia tahu gadis itu tetap ingin menang.
Penamat nyanyian disambut dengan sorakan dan tepukan dari rakan-rakan yang lain.
Iman dan Hakimi terus menuju ke kumpulan masing-masing untuk meneriskan program yang lain.
Program ini adalah wajib untuk semua mahasiswa. Program LDK (Latihan Dalam Kumpulan) pada hari ini adalah untuk pelajar Semester 5 seperti mereka.
“Alhamdulillah. Tamat juga program ni.” Iman lega.
Malamnya, Iman diperli habis-habisan oleh teman biliknya.
“Iman, macam mana kalau lelaki yang langgar kau tu terjatuh hati dengan kau ? Ha , camna nih ? heehe” Soal Rina .
“Ah , tak pandangnya dia muka aku ni ha. ” Iman membantah.
“Eleh, cakap memang la. Esok-esok bukan nya kau tahu apa nak jadi kan .” Intan menyampuk.
Iman diam membisu. Malas mahu melayan temannya berdua itu. Makin dilayan makin menjadi gosipnya. Enak lagi kalau sambung tidur. Hurm. Eh, lelaki tadi tu kan. Manis juga. Sedap mata memandang. Iman tersenyum. Hati-hati dengan hati Iman. Menasihati diri sendiri.
*******
Cuti pertengahan semester datang lagi. Iman tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman di Perak.
Tiket bas jam 10 pagi. “Hurm, awal lagi ni. Perut pun tak isi lagi. Baik aku isi perut dulu di kedai depan tu.” Iman memang suka bercakap dengan dirinya sendiri.
Selesai makan, Iman ke kaunter untuk membayar.
“Argh , sorry dik. Tak sengaja dik.” Pekerja di situ lantas memohon maaf selepas terlanggar Iman.
Iman terdorong ke hadapan. Terlanggar pula bahu lelaki di depannya.
“Err, bang, sorry bang. Dia langgar saya dulu, saya tak segaja.” Iman memohon maaf sambil mata dan tangan sibuk mencari wang di dalam begnya.
“Eh, awak lagi. Saja eh nak langgar saya balik.” Hakimi menduga.
“Apa?” Iman kemudian mendongak . “Ah, sudah. Kebetulan apa pulak ni ? ” Iman mengeluh.  Nak minta maaf ke tak ni ? eh, tadi aku dah cakap sorry kira maaf la tu kan. Baik aku keluar dulu.Bas mungkin dah sampai dah. Iman segera berlalu tanpa pedulikan lelaki itu lagi.
“Awak ! awak !” Hakimi menjerit. Argh , memang degil la dia ni.
Hakimi sekilas melihat tiket di tangan. Daripada panggil dia baik aku naik bas dulu. Mana tau jumpa dalam bas. Hakimi tersenyum.
Hakimi mencari tempat duduknya. Ha ! okay. Sini. Langsung meletakkan duduknya di situ. Iman yang sedang melihat di luar tingkap menoleh ke sebelahnya.
“Lah, awak lagi. ” Iman mengeluh. Kebetulan lagi ke ni ?
“Eh, awak, GD” Hakimi selamba meletakkan nama untuk Iman.
“Ha?! Apa ? GD ? Gila Duit ? amboi sedap nampak .” marah Iman.
“Ye la. Gadis Degil . Awak yang pandai letak Gila Duit siapa suruh. Sesuai dengan awak. Degil.” Hakimi membalas.
Iman geram. Malas mahu melawan. Dia cuba untuk tidur. Lambat pula masa bergerak bila bersama dengan lelaki di sebelahnya ini.Akhirnya Iman terlelap juga.
Hakimi mengambil peluang untuk mengintai Iman dari jarak dekat.
“Hermm. Taklah cantik sangat. Biasa-biasa sahaja. Tapi kan, ada sesuatu yang buat gadis ni nampak menarik. Cantik di mata aku. Manis . Hakimi teersenyum.
Idea jahat mula timbul di benaknya.
Nokia E5 di tangan Iman di tariknya perlahan. Iman begitu lena tidur. Langsung tidak menyedari. Hakimi mendail nombor telefonnya sendiri.
“Yes. Aku dah dapat nombor gadis ni. ” Hakimi tersenyum.
Laju dan cekap tangannya meletakkan kembali telefon bimbit itu di tangan GD.
“Ha , sombong sangat. Aku ikhlas nak berkawan. Terima kasih. Sorry taktik kasar eh. ” Bisik Hakimi ke telinga Iman.
Iman tersedar. Cepat-cepat Hakimi berpura-pura tidur.
Bas tiba ditempat yang dituju.
“Cepat la turun. Aku nak balik rumah ni. Mak dengan abah dah tunggu kat bawah tu.” Iman menipu.
“Saya akan turun. Tapi awak kena senyum dulu. ” sakat Hakimi.
“Eh, siapa kau nak minta aku senyum pulak. Tak nak bagi turun, aku redah ni . ” Iman mengugut. Geram.
Hakimi bangun dari duduknya. “Saya Hakimi. Bye. Bercuti dengan gembira ya awak.”
“Dia ikhlas gayanya ni. Apa salah dia, aku asyik nak marah kan.” Iman mengalah.
“Saya Iman. ” Iman melemparkan senyuman kepada Hakimi.
“Okay, terima kasih untuk senyuman semanis itu.” Hakimi berlalu pergi dengan hati yang sukar ditafsirkan. Jatuh hati mungkin. Pelik. Hakimi pelik dengan dirinya. Sungguh. Dia lelaki yang sangat sukar untuk jatuh hati dengan seorang wanita. Tapi dia kalah dengan gadis tadi.  Senyum di bibir terukir.
“Pelik aku dengan laki ni. ” Iman berbisik di hati. Pantas dicari abangnya. Tangan menghulur salam.
“Thanks abang, datang ambil Iman.” Iman menghargai abangnya yang sudi datang ambil dirinya untuk ke rumah.
Cuti Iman di habiskan bersama keluarga. Segala rindu terurai saat mulut dapat menikmati makanan dari air tangan ibu. Rindu katanya.
Segala assignment langsung tidak dihiraukan. Dibiar sepi. Pulang ke kolej nanti baru Iman akan menyibukkan dirinya.
Hari ini, Iman akan pulang ke kampus. Esok kelas akan bermula semula.
Kepulangan Iman ke kampus pasti akan dihantar oleh ibu dan abah tercinta. Iman gembira. Cuma sekali-sekala sahaja Iman akan menaik bas untuk pulang ke kampus. Itupun jika abahnya benar-benar sibuk.
Di dalam kereta, , bunyi pesanan ringkas diterima masuk. Iman pantas melihat telefon bimbit di tangannya.
“Selamat kembali ke kampus, Iman.” Iman pelik. Siapa yang baik hati hantar ucapan selamat ni ? Cuti seminggu je pun. Bukannya cuti semester yang sebulan lebih tu. Iman membebel lagi.  Ibunya pelik melihat telatah Iman.
********
“Iman, ceria je kau ni. Memanjang senyum. Dah jatuh cinta ke kau ni ? Asyik tersenyum depan handphone tu je. ”Rina pelik dengan kelakuan Iman. Gaya orang bercinta lagaknya.
Iman sendiri pelik dengan dirinya. Sudah hampir sebulan Iman berbalas sms dengan lelaki itu. Berhubung melalui pesanan ringkas. Tiada panggilan dan sebagainya. Pelik. Dia Cuma tahu lelaki itu mengenalinya dan ingin mengenali dengan lebih dekat. Tapi Iman tidak mengambil tahu sanagta akan identity elaki itu. Ya,dia sendiri pelik. Langsung tidak gentar andai diri ditipu dan dipermainkan. Dia juga tidak takut andainya dia dapat mnegenali siapa lelaki yang semakin mendapat tempat dihatinya itu. Iman tahu dia ikhlas berkawan niat kerana Allah S.W.T. maka, dia yakin dengan takdir Allah.
Hakimi mundar-mandir di biliknya.Dia resah.Hakimi nekad untuk berterus-terang dengan Iman. Dia mahu Iman tahu siapa dirinya. 
Petang nanti, Iman akan bertemu dengan lelaki itu. Mereka berjanji untuk bertemu di Cafe. Iman tiba di Cafe lewat 15 minit. Sengaja mahu menguji kesabaran lelaki itu. Hakimi yang santai menanti Iman tiba, lantas bangun dari duduknya dan bergerak ke arah lain.
Hakimi segera menghantar pesanan ringkas kepada Iman sejurus melihat Iman.
Iman berdiri di hadapan pitu masuk Cafe. “Ramainya.Mana satu nak tuju ni ? ” Kiri kanan depan belakang ditolehnya.
Bunyi sms masuk terus dilihatnya. “Awak, atur lima langkah ke hadapan. Ada meja kosong di situ. Duduk lah. ” Iman melangkah . Ye la, ada satu meja ni je yang kosong pun, mana lagi tempat nak duduk kan. Hi, macam-macam lelaki ni. “Eh, ada dua gelas milo ais di depan ni. Satu hampir tinggal separuh, satu lagi masih penuh.” Iman bercakap seorang diri.
Hakimi menarik nafas dalam-dalam. Langkah diatur semula ke meja tadi. Sengaja sebenarnya dia bangun dan memberi laluan untuk Iman duduk dahulu. Dia tahu kemungkinan besar Iman akan berlalu pergi seandainya Iman melihat wajahnya.
“Kusyuknya layan facebook budak ni.” Getus Hakimi. Salam diluahkan.
Iman menjawab salam tanpa melihat empunya suara. Wajah asyik menghadap skrin telefonnya. Wifi laju, best !
“Err, awak.” Teragak-agak Hakimi bersuara.
“Ya. Sa... ya. Eh, kau lagi ?” Iman terkejut.
“Maaf sebab tak berterus-terang. Lagipun awak tak pernah nak tanya tentang saya kan. ” Hakimi jujur. “ Saya nak berterus-terang dengan awak.” Hakimi menceritakan dari mula tindakannya mendapatkan nombor telefon bimbit Iman sehingga ke akhirnya.
“Hurm , Okay.” Iman tenang menjawab. Langsung tiada tanda-tanda marah.
Hakimi tersenyum. Senang hati dengan reaksi yang diberikan Iman. Dia kagum. Iman seorang gadis yang sangat tenang, rileks dan tidak mudah marah sebenarnya. Hurm , cool !
“Awak, minum lah. Saya yang pesan minuman ni tadi. Jangan risau, saya takde letak apa pun dalam air tu. Awak selamat kalau minum.” Hakimi yakin memulakan bicara.
Iman tersenyum. Manis. Hakimi gembira. Di dalam hati, Hakimi akui, dia senang hati dengan gaya Iman. Yang penting senyuman dari bibir Iman. Senyuman itu yang buatkan dia tertarik. Hampir sebulan dia merindui senyuman itu. Pelik . Sepanjang mereka berhubung melalui pesanan ringkas, mereka langsung tidak berselisih di dalam kampus ini. “Mungkin Allah memberi ruang untuk kami. ”
“Awak, kita kawan secara rasmi .” Hakimi menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Awak ni, tak perlu lah nak sopan sangat ayat tu.” Iman ketawa. Huluran tangan Hakimi disambut dengan anggukan dari Iman. Iman senyum.
“Ha ! saya nak minta satu benda boleh tak awak ?” Hakimi menyoal.
“Apa ? Kalau awak minta saya bayarkan minuman yang awak pesan ni, saya tak nak bayar. Awak pesan, awak lah yang bayarkan.” Iman melulu.
“Oii, apa yang membebel sangat ni ? saya belum cakap lagi pun. Awak kelakar lah Iman.” Hakimi melepaskan tawanya.
“Ha ! Tu bukan ke awak tengah bercakap ? ” Iman membalas.
“Garang la awak ni Iman. Haha. Makin manis bila marah.” Hakimi berani melawan.
“Nak minta tolong ke tak awak ni ? Tak nak tak pe. Saya lagi suka.”Iman makin selesa dengan lelaki di hadapannya ini.
“Okay. Okay. Saya nak awak simpan senyuman awak tu untuk saya. Err, simpan juga ruang dalam hati awak untuk saya. Boleh ?” Hakimi gementar. Sengaja bermain kata.
“Oh ! Boleh. Untuk awak apa pun boleh. Tadahal lah !” Iman terlepas.
“Apa awak cakap ?” Sengaja Hakimi mengusik. Dia dengar apa yang Iman luahkan. Nyata Hakimi terkejut dengan reaksi spontan dari Iman. Berani.
“Eh, tak de apa. Okay lah. Saya balik dulu.” Iman terus bangun. Malu.
Hakimi mengekori langkah Iman.
“Untuk awak  Iman. Terima kasih sudi jadi kawan . ” Mr.Bean, di dalam kotak bertukar tangan.
“Okay, thanks ” Iman terus berlalu pergi.
Masa berlalu begitu pantas. Hampir setahun mereka menjadi teman rapat. Kini mereka berdua sedang berjuang untuk semester yang terakhir. Masing-masing berjanji untuk menamatkan pengajian dengan jaya. Akhirnya, mereka berjaya menghaadiri majlis konvokesyen bersama, menggenggam segulung diploma bersama-sama. Puas.  Iman dan Hakimi juga punya pendapat sendiri. Mereka berdua mendapat peluang dan rezeki lebih terbuka untuk mereka bekerja dahulu. Belum terfikir untuk ke peringkat seterusnya bagi menyambung pengajian lebih tinggi.
*******
Hakimi bersemangat untuk turun ke gelanggang futsal pada petang Ahad itu. Dia gembira kerana Iman sudi untuk memberi sokongan bersama. Masig-masing bercuti pada hari ini.
“Iman , Kimi main nanti jangan senyum tau. Sorak je. Nanti Kimi kalah dengan senyuman Iman. ”
“Okay. Iman serius nanti . Iman janji tak senyum langsung.”
Mereka berdua kini lebih selesa dengan kata ganti nama masing-masing. Makin ada ruang di hati nama itu.
Perlawanan tamat. Hakimi ingin meraikan kemenangan bersama Iman.
“Iman, Kimi dah habis main lah.Jom, Kimi belanja makan sebab dah menang. ”
“Okay.” Iman masih bertahan dengan wajah serius.
“Iman, kenapa serius sangat ni ?”
“Kimi, Iman dah kejang otot muka ni. Serius dari tadi.” Iman menahan tawa.
“Hah,Iman kenapa ni ?” Hakimi gusar.
“Kimi lah yang tak nak Iman senyum tadi. Kena la serius muka ni.”Meletus tawa Iman.
“Iman ni, dah pandai kenakan Kimi sekarang ni.” Iman melajukan langkah kaki. Malu.
Hakimi berlari sehingga terlanggar bahu Iman yang tiba-tiba berhenti.
Iman terkejut . “Kimi, sakitlah. Jalanlah , tak perlu berlari. Tengok, dah langgar bahu Iman lagi.”
“Tak pe lah . Sekarang terlanggar bahu, lama-lama I love you.” Hakimi selamba.
“Kimi, Iman marah ni, Kimi main-main.” Iman sudah malu sebenarnya.
“Eh, Kimi serius lah.” Riak wajah cuba diseriuskan.
“I love you .” Hakimi sekali lagi jujur.
“Nak cakap I love you, kahwin la dulu.” Balas Iman . Berani.
“Okay, tunggu minggu depan Kimi datang rumah Iman.” Yakin Hakimi berdepan dengan Iman.
Iman terkejut.
*******
Setelah sebulan bergelar tunangan Hakimi, kini status diri bertukar lagi. Nur Iman bt. Azmi kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Hakimi Bin Saad.
Rakan yang terdekat nyata terkejut dengan berita gembira ini. Masing-masing tidak menyangka dengan pasangan sejiwa ini. Namun, ucapan tahniah tidak lekang dari bibir masing-masing. Yang paling bahagia dan tumpang gembira sudah pasti nya teman sebilik Iman. Inran dan Rina. Mereka berdua lah yang begitu yakin denga kata-kata mereka.
Hakimi dan Iman berpimpin tangan berjalan selepas menghantar kepulangan teman-teman di luar rumah.
Dengan suara yang hanya mampu didengari oleh mereka berdua sahaja, mereka sangat bahagia.
“Terima kasih Iman, sudi jadi pemilik hati ni. ” Tangan di arah ke hati.
“Terima kasih Kimi, sebab langgar bahu ni. ” Tangan lantas di arah ke bahu.
“Terima kasih sebab jatuh hati . ” Hakimi berbisik.
“Terima kasih sebab lengkapkan tulang rusuk ni .” Iman berbisik juga.
Akhirnya, masing-masing melepaskan tawa. Bahagia.

*TAMAT*


 p/s : Harap mampu beri komen yang membina. Ini percubaan pertama. 








8 comments:

  1. wow... berbakat.. t bley tulis novel.. ley k.jas beli.. k.jas minat sgt novel..

    ReplyDelete
  2. JJ- thanks kak jas. hehe. nak tulis novel jauh lg tu. setakat cerpen je yg mampu dulu.

    ReplyDelete
  3. wah ! nice2 . ada lagik dak weh ? :)

    ReplyDelete
  4. wah...dia wat dulu la..haha..aku ja yg xpublish2 lagi..hebat2..^_^

    ReplyDelete
  5. Cik hati , cepat ah publish. mu lagi hebat .

    ReplyDelete