Monday 17 October 2011

Aku tak punya perasaan ?

Tipu !
Semua orang dalam dunia ni yang hidup ada perasaan lah.
Cuma aku pelik dengan aku sendiri.
Aku punya perasaan jugak.
Tetapi, aku tak dapat nak fahami sendiri.
Mungkin kawan-kawan dah lali dengan sifat aku.

Aku ?
Susah sangat nak marah.
Tak ambil peduli dengan cakap-cakap belakang tentang aku.
Mungkin aku sukar nak tunjuk perasaan yang sebenar.
Apa orang nak kata, cakap depan lagi aku suka.
Aku punya perasaan malu jugak.
Tapi tak dapat kenal pasti bila aku malu.
Mungkin kawan yang rapat dapat kesan bila aku malu.
Aku bukan mudah untuk lepas kan air mata.
Tapi bila dah terlepas susah untuk dihentikan. (Aku tak suka yang ni)
Aku mungkin ego dalam tak sedar.
Aku suka cakap lepas.
Bila sedar ada yang terasa dengan aku, baru aku sedar apa aku cakap.
Aku boleh go on dengan apa saja. Tak kisah.
Cuma satu aku tak boleh terima bila orang tengking aku dengan nada yang tinggi tanpa sebab.
Mungkin akan berlaku intonasi suara yang sama tinggi selepas itu.
Aku memang suka uji kesabaran orang.
Pelik. Biar kan.

Aku akan mengarut dan mengarut selagi ada yang layan aku.

Ok. Ada yang aku terlepas tak ? tambah la. Silakan .

p/s : Mungkin ni jugak sebenarnya karut dan rekaan semata . Haha !

No comments:

Post a Comment