Oh yeah !
Bukan nak tulis pasal gelabah biawak (baca : bewak) , gelabah nak exam ke apa .
Err cuma nak luah perihal gelabah dengan perasaan kita pada seseorang dalam tempoh yang singkat.
Fuhh !
Pernah rasa tak di mana hati anda dengan mudah jatuh hati pada seseorang ?
Okay.
Rasa itu buat dia gelabah.
Rasa itu buat dia resah.
Rasa itu buat dia gundah.
Rasa itu mampu buat dia kalah.
Ya . Dia tewas dengan hati.
Dia tewas bilamana dengan mudah hati itu jatuh sayang.
Maka, tidak mustahil suatu hari, hati itu juga yang akan jatuh sakit.
Akan mudah jatuh sakit, sepertimana dulu ia mudah jatuh sayang.
Benda yang sama akan berlaku,
Kitaran mengenai hati, mungkin.
Ya.
Jatuh sakit.
Perit.
Kecewa.
Ditertawa.
Mungkin .
Nota : Tidak ada nota untuk kali ini.
Sunday, 30 October 2011
Thursday, 27 October 2011
Harap atau Harapan ?
Dia tak suka bila ada orang bagi harapan.
Sebab dia mudah untuk jatuh harap.
Dulu .
Kau pernah bagi harapan.
Sekarang.
Kau juga yang musnahkan harapan.
Untuk apa?
Hanya untuk kepuasan ?
Sekarang dia mungkin tidak menaruh harapan lagi.
Kerna dia tahu, semuanya hanya menyakitkan hati.
Malah , yang pasti kau tidak pernah ambil peduli.
Nota : Sekarang dia tidak harapkan harapan dari kau, tapi dia cuma mahukan penjelasan.
Wednesday, 26 October 2011
Tuesday, 25 October 2011
Tidak Pernah Kisah ?
Perbualan hanya sekadar rekaan.
Tiada kena-mengena andai ada yang terasa.
Si A: Aku tak pernah kisah dengan siapa aku akan bercinta .
Si B: Maksudnya ?
Si A: Ya la. Aku tak kisah kalau dia biasa-biasa ja. Aku tak kisah kalau dia bawa aku makan kedai mamak ja.
: Kiranya aku memang tak kisah langsung la.
Si B: Ya ka ni ? Pasti ? Sebelum bercinta boleh la cakap semua tu. Esok-esok?
Si A: Esok-esok macam tu la jugak. err. okay.
Nota panjang :
Apa yang nak kisah ? Apa yang tak kisah ?
Sebelum bercinta bukan main hebat sembang.
Tapi bila dah bercinta ? Kenapa semua nak temberang?
Awal-awal semua indah, lepas tu mula la nak ubah-ubah .
Cakap boleh terima semuanya , tapi kenapa nak ubah apa yang ada pada orang yang kita cinta?
Siapa kita untuk ubah segala imej diri peribadi dia? Itu cuma hak dia. Kita kena terima.
Bukan dulu kau pernah cakap kau tak kisah ?
Kenapa sekarang mesti nak kisah ?
Bercinta adalah terima seadanya.
Tidak perlu nak ubah apa yang kita nak.
Semata-mata nak melayan cakap sekeliling?
Apa yang kita dapat ? mungkin cinta akan musnah .
P/s : Aku mengarut bukan main lagi. Mengalah kan orang bercinta apahal ni ? haha .
: Kiranya aku memang tak kisah langsung la.
Si B: Ya ka ni ? Pasti ? Sebelum bercinta boleh la cakap semua tu. Esok-esok?
Si A: Esok-esok macam tu la jugak. err. okay.
Nota panjang :
Apa yang nak kisah ? Apa yang tak kisah ?
Sebelum bercinta bukan main hebat sembang.
Tapi bila dah bercinta ? Kenapa semua nak temberang?
Awal-awal semua indah, lepas tu mula la nak ubah-ubah .
Cakap boleh terima semuanya , tapi kenapa nak ubah apa yang ada pada orang yang kita cinta?
Siapa kita untuk ubah segala imej diri peribadi dia? Itu cuma hak dia. Kita kena terima.
Bukan dulu kau pernah cakap kau tak kisah ?
Kenapa sekarang mesti nak kisah ?
Bercinta adalah terima seadanya.
Tidak perlu nak ubah apa yang kita nak.
Semata-mata nak melayan cakap sekeliling?
Apa yang kita dapat ? mungkin cinta akan musnah .
P/s : Aku mengarut bukan main lagi. Mengalah kan orang bercinta apahal ni ? haha .
Monday, 24 October 2011
Gugurnya bulu mata .
Title kemain lagi ha !
Sebenarnya kaitan sikit je dengan apa yang nak di cerita.
Betul ke ?
Dulu orang cakap kalau bulu mata kita jatuh , ada orang sedang rindukan kita ?
Betul ke ?
Tapi boleh percaya tak?
Hanya dengan seurat bulu mata , apa kaitan dengan hati orang yang merindui kita?
Mungkin kisah dongeng semata-mata , hanya untuk menyedapkan rasa.
P/s : Kalau betul rindu , okay la tu.
P/s/s : Kawan aku cakap dia rindu aku , betul la kot sebab tadi bulu mata gugur satu . HAHA ~ Perasan .
Sebenarnya kaitan sikit je dengan apa yang nak di cerita.
Betul ke ?
Dulu orang cakap kalau bulu mata kita jatuh , ada orang sedang rindukan kita ?
Betul ke ?
Tapi boleh percaya tak?
Hanya dengan seurat bulu mata , apa kaitan dengan hati orang yang merindui kita?
Mungkin kisah dongeng semata-mata , hanya untuk menyedapkan rasa.
P/s : Kalau betul rindu , okay la tu.
P/s/s : Kawan aku cakap dia rindu aku , betul la kot sebab tadi bulu mata gugur satu . HAHA ~ Perasan .
Sunday, 23 October 2011
Mungkin Itu Menarik Minat Aku .
Dia punya sifat tanggungjawab dalam diri.
Dia sangat cool bila ada di sisi.
Dia sangat menyenangkan hati.
Dia punya prinsip diri.
Dia pandai teka silang hati.
Dia anti sebatang rokok yang boleh menghancurkan diri.
Dia mampu untuk berdikari.
Dia pandai menjaga mata hati.
Dia mampu menjadi diri sendiri.
Dia bukan seorang yang iri hati.
Dia ada bila diperlukan untuk bangun berdiri.
Dia tahu apa yang ada dalam hati ini.
Tapi masih adakah seperti ini andai diri pun tak sempurna lagi ?
p/s : Aku suka menulis yang bukan-bukan.
Nota : Semua ini mampu menarik minat di hati tapi yang penting kasih sayang yang sejati .
Dulu Terlanggar Bahu, Sekarang I Love You
# Cerpen yang pertama .
"Dulu Terlanggar Bahu, Sekarang I love You ."
p/s : Harap mampu beri komen yang membina. Ini percubaan pertama.
"Dulu Terlanggar Bahu, Sekarang I love You ."
Sekilas aku melihat jam hitam kesayangan di pergelangan tangan kiri. Jam sudah menganjak ke pukul 8 pagi.
“Ah sudah ! aku dah lewat ni. Program bermula 8 pagi tapi sekarang dah terpacak jam 8 pagi ni ha. Aku tak sampai-sampai lagi ni. Ya Allah , bantulah aku.” Doa Iman di dalam hati. Dalam kelam kabut terlewat, masih lagi sempat untuk memohon bantuan dari Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Dalam kekalutan melangkah, seorang pensyarah wanita melintasi di hadapannya. Serta-merta langkah kaki dihentikan. Kalau diteruskan langkah alamatnya dirempuh la pensyarah wanita tu.
“Sudah la tegas, nanti tak pasal-pasal aku yang kena”. Mulut kecil masih mengomel sendirian setelah kaki dihentikan .
“Argh ! sakitlah .” Iman marah kerana bahunya seperti dilanggar seseorang dari arah belakang.
“Weh, apahal berhenti tengah jalan macam ni. Kan dah kena langgar. ” Hakimi membalas marah gadis di depannya itu yang dilanggar tanpa sengaja.
“Kau langgar aku siapa suruh ? Kalau tercabut bahu aku, aku cabut bahu kau pulak ! ”
“Eh aku terlanggar sikit ja. Bukannya sengaja. Melampau betul sampai nak tercabut bahu bagai. Siapa suruh berhenti jadi tugu Uitm kat sini”
“Siapa suruh jalan tak tengok sini. ” Iman membidas sambil megutuk di dalam hati. “Patut la tak nampak aku kat sini, specky . Memang tak nampak la. Tapi aku yang berdiri tegak dia tak nampak biar betul . ish ! Tak patut betul ”
“Oh. Okay. Sorry .” Hakimi berlalu pergi. Dia malas mahu bertekak dengan ‘Gadis Degil’ itu. Dia jug terlambat sebenarnya untuk ke program pada hari itu. Gadis Degil. Ya itu nama yang sesuai untuk gadis tu.
Iman sudah pasti dia akan dikenakan denda kerana terlewat menghadiri program itu. Langkah di atur lebih laju menuju ke Dewan Perdana yang tersergam megah dia dalam kampus Uitm Kedah ini.
Masuk sahaja langkah kakinya ke dalam dewan itu, tepukan gemuruh beserta sorakan di berikan.
Rona wajah Iman bertukar merah. Malu. Marah.
“Alah, aku tau la aku terlewat. Tak perlu lah nak sambut kedatangan aku ni sampai macam ni.” Iman mengomel seorang diri.
Pengacara majlis terus mengumumkan hanya 2 orang mahasiswa yang terlewat pada pagi itu. Maka denda pasti akan dikenakan untuk mereka.
“Okay jugak ada yang lewat lagi seorang. Boleh kena denda dengan aku sekali. ” Iman tersenyum.
“Menyanyi !!”
“Menari !!”
“Berlakon !!”
Bergema sorakan dan jeritan mahasiswa di dalam dewan ini. Seronok untuk mengenakan rakan di depan.
“Nama saja mahasiswa, tapi menjerit mengalahkan budak tadika. ” Iman marah. Dia tahu sebentar lagi dia akan jadi bahan utuk diketawakan.
Akhirnya seorang lagi mahasiswa yang terlewat datang ke hadapan dewan itu.
Iman muncul ke hadapan selepas diminta.
“Eh ni Gadis Degil yang aku terlanggar tadi ni. Oh , patutlah kelam-kabut, ke sini jugak langkahnya. Terpaksa la aku tengok muka dia lagi. ” Hakimi berdialog sendiri.
Iman terkejut melihat lelaki di sebelahnya. Namun, lagak bersahaja menegur lelaki itu.
“Aku kena denda dengan kau eh ? Padan muka. Langgar aku lagi.”
“Dah aku terlanggar kau, aku terlewat lah . Nasib lah badan kena denda dengan kau pulak.”
Seisi dewan tiba-tiba bertukar diam. Hanya kedegaran nyanyian dari Iman dan Hakimi. Ada yang tersenyum, ada yang ketawa mendengar nyanyian dari mereka berdua. Comel nyanyian itu.
“Eh, sepadan kan lelaki tu dengan Iman. ” bisik Rina kepada Intan.
Mereka berdua merangkap teman sebilik Iman, tetapi tiba awal ke dewan. Malas mahu mengejutkan Iman dari tidur. Penat. Iman memang sukar mahu bangun. Akibatnya, denda di hadapan lah jawabnya.
Iman sedar dan dia nampak rakannya yang sedang berbisik itu. Dia tahu, malam nanti dia akan dijadikan bahan untuk bergosip oleh mereka berdua.
“I love you. You love me .”
“We`re happy family.”
“With a great big hug and a kiss from me to you ”
“Won`t you say you love me too”
Lagu dari ‘Barney and friends- I Love You ’ menjadi pilihan Iman. Itu lagu yang paling Iman suka. Dia hidup dengan lagu-lagu seperti itu. Indah katanya. Dia tidak peduli dengan pilihan lagu dari Hakimi . Akhirnya Hakimi mengalah dengan Gadis Degil itu. Dia malas mahu bertekak. Dia tahu gadis itu tetap ingin menang.
Penamat nyanyian disambut dengan sorakan dan tepukan dari rakan-rakan yang lain.
Iman dan Hakimi terus menuju ke kumpulan masing-masing untuk meneriskan program yang lain.
Program ini adalah wajib untuk semua mahasiswa. Program LDK (Latihan Dalam Kumpulan) pada hari ini adalah untuk pelajar Semester 5 seperti mereka.
“Alhamdulillah. Tamat juga program ni.” Iman lega.
Malamnya, Iman diperli habis-habisan oleh teman biliknya.
“Iman, macam mana kalau lelaki yang langgar kau tu terjatuh hati dengan kau ? Ha , camna nih ? heehe” Soal Rina .
“Ah , tak pandangnya dia muka aku ni ha. ” Iman membantah.
“Eleh, cakap memang la. Esok-esok bukan nya kau tahu apa nak jadi kan .” Intan menyampuk.
Iman diam membisu. Malas mahu melayan temannya berdua itu. Makin dilayan makin menjadi gosipnya. Enak lagi kalau sambung tidur. Hurm. Eh, lelaki tadi tu kan. Manis juga. Sedap mata memandang. Iman tersenyum. Hati-hati dengan hati Iman. Menasihati diri sendiri.
*******
Cuti pertengahan semester datang lagi. Iman tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman di Perak.
Tiket bas jam 10 pagi. “Hurm, awal lagi ni. Perut pun tak isi lagi. Baik aku isi perut dulu di kedai depan tu.” Iman memang suka bercakap dengan dirinya sendiri.
Selesai makan, Iman ke kaunter untuk membayar.
“Argh , sorry dik. Tak sengaja dik.” Pekerja di situ lantas memohon maaf selepas terlanggar Iman.
Iman terdorong ke hadapan. Terlanggar pula bahu lelaki di depannya.
“Err, bang, sorry bang. Dia langgar saya dulu, saya tak segaja.” Iman memohon maaf sambil mata dan tangan sibuk mencari wang di dalam begnya.
“Eh, awak lagi. Saja eh nak langgar saya balik.” Hakimi menduga.
“Apa?” Iman kemudian mendongak . “Ah, sudah. Kebetulan apa pulak ni ? ” Iman mengeluh. Nak minta maaf ke tak ni ? eh, tadi aku dah cakap sorry kira maaf la tu kan. Baik aku keluar dulu.Bas mungkin dah sampai dah. Iman segera berlalu tanpa pedulikan lelaki itu lagi.
“Awak ! awak !” Hakimi menjerit. Argh , memang degil la dia ni.
Hakimi sekilas melihat tiket di tangan. Daripada panggil dia baik aku naik bas dulu. Mana tau jumpa dalam bas. Hakimi tersenyum.
Hakimi mencari tempat duduknya. Ha ! okay. Sini. Langsung meletakkan duduknya di situ. Iman yang sedang melihat di luar tingkap menoleh ke sebelahnya.
“Lah, awak lagi. ” Iman mengeluh. Kebetulan lagi ke ni ?
“Eh, awak, GD” Hakimi selamba meletakkan nama untuk Iman.
“Ha?! Apa ? GD ? Gila Duit ? amboi sedap nampak .” marah Iman.
“Ye la. Gadis Degil . Awak yang pandai letak Gila Duit siapa suruh. Sesuai dengan awak. Degil.” Hakimi membalas.
Iman geram. Malas mahu melawan. Dia cuba untuk tidur. Lambat pula masa bergerak bila bersama dengan lelaki di sebelahnya ini.Akhirnya Iman terlelap juga.
Hakimi mengambil peluang untuk mengintai Iman dari jarak dekat.
“Hermm. Taklah cantik sangat. Biasa-biasa sahaja. Tapi kan, ada sesuatu yang buat gadis ni nampak menarik. Cantik di mata aku. Manis . Hakimi teersenyum.
Idea jahat mula timbul di benaknya.
Nokia E5 di tangan Iman di tariknya perlahan. Iman begitu lena tidur. Langsung tidak menyedari. Hakimi mendail nombor telefonnya sendiri.
“Yes. Aku dah dapat nombor gadis ni. ” Hakimi tersenyum.
Laju dan cekap tangannya meletakkan kembali telefon bimbit itu di tangan GD.
“Ha , sombong sangat. Aku ikhlas nak berkawan. Terima kasih. Sorry taktik kasar eh. ” Bisik Hakimi ke telinga Iman.
Iman tersedar. Cepat-cepat Hakimi berpura-pura tidur.
Bas tiba ditempat yang dituju.
“Cepat la turun. Aku nak balik rumah ni. Mak dengan abah dah tunggu kat bawah tu.” Iman menipu.
“Saya akan turun. Tapi awak kena senyum dulu. ” sakat Hakimi.
“Eh, siapa kau nak minta aku senyum pulak. Tak nak bagi turun, aku redah ni . ” Iman mengugut. Geram.
Hakimi bangun dari duduknya. “Saya Hakimi. Bye. Bercuti dengan gembira ya awak.”
“Dia ikhlas gayanya ni. Apa salah dia, aku asyik nak marah kan.” Iman mengalah.
“Saya Iman. ” Iman melemparkan senyuman kepada Hakimi.
“Okay, terima kasih untuk senyuman semanis itu.” Hakimi berlalu pergi dengan hati yang sukar ditafsirkan. Jatuh hati mungkin. Pelik. Hakimi pelik dengan dirinya. Sungguh. Dia lelaki yang sangat sukar untuk jatuh hati dengan seorang wanita. Tapi dia kalah dengan gadis tadi. Senyum di bibir terukir.
“Pelik aku dengan laki ni. ” Iman berbisik di hati. Pantas dicari abangnya. Tangan menghulur salam.
“Thanks abang, datang ambil Iman.” Iman menghargai abangnya yang sudi datang ambil dirinya untuk ke rumah.
Cuti Iman di habiskan bersama keluarga. Segala rindu terurai saat mulut dapat menikmati makanan dari air tangan ibu. Rindu katanya.
Segala assignment langsung tidak dihiraukan. Dibiar sepi. Pulang ke kolej nanti baru Iman akan menyibukkan dirinya.
Hari ini, Iman akan pulang ke kampus. Esok kelas akan bermula semula.
Kepulangan Iman ke kampus pasti akan dihantar oleh ibu dan abah tercinta. Iman gembira. Cuma sekali-sekala sahaja Iman akan menaik bas untuk pulang ke kampus. Itupun jika abahnya benar-benar sibuk.
Di dalam kereta, , bunyi pesanan ringkas diterima masuk. Iman pantas melihat telefon bimbit di tangannya.
“Selamat kembali ke kampus, Iman.” Iman pelik. Siapa yang baik hati hantar ucapan selamat ni ? Cuti seminggu je pun. Bukannya cuti semester yang sebulan lebih tu. Iman membebel lagi. Ibunya pelik melihat telatah Iman.
********
“Iman, ceria je kau ni. Memanjang senyum. Dah jatuh cinta ke kau ni ? Asyik tersenyum depan handphone tu je. ”Rina pelik dengan kelakuan Iman. Gaya orang bercinta lagaknya.
Iman sendiri pelik dengan dirinya. Sudah hampir sebulan Iman berbalas sms dengan lelaki itu. Berhubung melalui pesanan ringkas. Tiada panggilan dan sebagainya. Pelik. Dia Cuma tahu lelaki itu mengenalinya dan ingin mengenali dengan lebih dekat. Tapi Iman tidak mengambil tahu sanagta akan identity elaki itu. Ya,dia sendiri pelik. Langsung tidak gentar andai diri ditipu dan dipermainkan. Dia juga tidak takut andainya dia dapat mnegenali siapa lelaki yang semakin mendapat tempat dihatinya itu. Iman tahu dia ikhlas berkawan niat kerana Allah S.W.T. maka, dia yakin dengan takdir Allah.
Hakimi mundar-mandir di biliknya.Dia resah.Hakimi nekad untuk berterus-terang dengan Iman. Dia mahu Iman tahu siapa dirinya.
Petang nanti, Iman akan bertemu dengan lelaki itu. Mereka berjanji untuk bertemu di Cafe. Iman tiba di Cafe lewat 15 minit. Sengaja mahu menguji kesabaran lelaki itu. Hakimi yang santai menanti Iman tiba, lantas bangun dari duduknya dan bergerak ke arah lain.
Hakimi segera menghantar pesanan ringkas kepada Iman sejurus melihat Iman.
Iman berdiri di hadapan pitu masuk Cafe. “Ramainya.Mana satu nak tuju ni ? ” Kiri kanan depan belakang ditolehnya.
Bunyi sms masuk terus dilihatnya. “Awak, atur lima langkah ke hadapan. Ada meja kosong di situ. Duduk lah. ” Iman melangkah . Ye la, ada satu meja ni je yang kosong pun, mana lagi tempat nak duduk kan. Hi, macam-macam lelaki ni. “Eh, ada dua gelas milo ais di depan ni. Satu hampir tinggal separuh, satu lagi masih penuh.” Iman bercakap seorang diri.
Hakimi menarik nafas dalam-dalam. Langkah diatur semula ke meja tadi. Sengaja sebenarnya dia bangun dan memberi laluan untuk Iman duduk dahulu. Dia tahu kemungkinan besar Iman akan berlalu pergi seandainya Iman melihat wajahnya.
“Kusyuknya layan facebook budak ni.” Getus Hakimi. Salam diluahkan.
Iman menjawab salam tanpa melihat empunya suara. Wajah asyik menghadap skrin telefonnya. Wifi laju, best !
“Err, awak.” Teragak-agak Hakimi bersuara.
“Ya. Sa... ya. Eh, kau lagi ?” Iman terkejut.
“Maaf sebab tak berterus-terang. Lagipun awak tak pernah nak tanya tentang saya kan. ” Hakimi jujur. “ Saya nak berterus-terang dengan awak.” Hakimi menceritakan dari mula tindakannya mendapatkan nombor telefon bimbit Iman sehingga ke akhirnya.
“Hurm , Okay.” Iman tenang menjawab. Langsung tiada tanda-tanda marah.
Hakimi tersenyum. Senang hati dengan reaksi yang diberikan Iman. Dia kagum. Iman seorang gadis yang sangat tenang, rileks dan tidak mudah marah sebenarnya. Hurm , cool !
“Awak, minum lah. Saya yang pesan minuman ni tadi. Jangan risau, saya takde letak apa pun dalam air tu. Awak selamat kalau minum.” Hakimi yakin memulakan bicara.
Iman tersenyum. Manis. Hakimi gembira. Di dalam hati, Hakimi akui, dia senang hati dengan gaya Iman. Yang penting senyuman dari bibir Iman. Senyuman itu yang buatkan dia tertarik. Hampir sebulan dia merindui senyuman itu. Pelik . Sepanjang mereka berhubung melalui pesanan ringkas, mereka langsung tidak berselisih di dalam kampus ini. “Mungkin Allah memberi ruang untuk kami. ”
“Awak, kita kawan secara rasmi .” Hakimi menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Awak ni, tak perlu lah nak sopan sangat ayat tu.” Iman ketawa. Huluran tangan Hakimi disambut dengan anggukan dari Iman. Iman senyum.
“Ha ! saya nak minta satu benda boleh tak awak ?” Hakimi menyoal.
“Apa ? Kalau awak minta saya bayarkan minuman yang awak pesan ni, saya tak nak bayar. Awak pesan, awak lah yang bayarkan.” Iman melulu.
“Oii, apa yang membebel sangat ni ? saya belum cakap lagi pun. Awak kelakar lah Iman.” Hakimi melepaskan tawanya.
“Ha ! Tu bukan ke awak tengah bercakap ? ” Iman membalas.
“Garang la awak ni Iman. Haha. Makin manis bila marah.” Hakimi berani melawan.
“Nak minta tolong ke tak awak ni ? Tak nak tak pe. Saya lagi suka.”Iman makin selesa dengan lelaki di hadapannya ini.
“Okay. Okay. Saya nak awak simpan senyuman awak tu untuk saya. Err, simpan juga ruang dalam hati awak untuk saya. Boleh ?” Hakimi gementar. Sengaja bermain kata.
“Oh ! Boleh. Untuk awak apa pun boleh. Tadahal lah !” Iman terlepas.
“Apa awak cakap ?” Sengaja Hakimi mengusik. Dia dengar apa yang Iman luahkan. Nyata Hakimi terkejut dengan reaksi spontan dari Iman. Berani.
“Eh, tak de apa. Okay lah. Saya balik dulu.” Iman terus bangun. Malu.
Hakimi mengekori langkah Iman.
“Untuk awak Iman. Terima kasih sudi jadi kawan . ” Mr.Bean, di dalam kotak bertukar tangan.
“Okay, thanks ” Iman terus berlalu pergi.
Masa berlalu begitu pantas. Hampir setahun mereka menjadi teman rapat. Kini mereka berdua sedang berjuang untuk semester yang terakhir. Masing-masing berjanji untuk menamatkan pengajian dengan jaya. Akhirnya, mereka berjaya menghaadiri majlis konvokesyen bersama, menggenggam segulung diploma bersama-sama. Puas. Iman dan Hakimi juga punya pendapat sendiri. Mereka berdua mendapat peluang dan rezeki lebih terbuka untuk mereka bekerja dahulu. Belum terfikir untuk ke peringkat seterusnya bagi menyambung pengajian lebih tinggi.
*******
Hakimi bersemangat untuk turun ke gelanggang futsal pada petang Ahad itu. Dia gembira kerana Iman sudi untuk memberi sokongan bersama. Masig-masing bercuti pada hari ini.
“Iman , Kimi main nanti jangan senyum tau. Sorak je. Nanti Kimi kalah dengan senyuman Iman. ”
“Okay. Iman serius nanti . Iman janji tak senyum langsung.”
Mereka berdua kini lebih selesa dengan kata ganti nama masing-masing. Makin ada ruang di hati nama itu.
Perlawanan tamat. Hakimi ingin meraikan kemenangan bersama Iman.
“Iman, Kimi dah habis main lah.Jom, Kimi belanja makan sebab dah menang. ”
“Okay.” Iman masih bertahan dengan wajah serius.
“Iman, kenapa serius sangat ni ?”
“Kimi, Iman dah kejang otot muka ni. Serius dari tadi.” Iman menahan tawa.
“Hah,Iman kenapa ni ?” Hakimi gusar.
“Kimi lah yang tak nak Iman senyum tadi. Kena la serius muka ni.”Meletus tawa Iman.
“Iman ni, dah pandai kenakan Kimi sekarang ni.” Iman melajukan langkah kaki. Malu.
Hakimi berlari sehingga terlanggar bahu Iman yang tiba-tiba berhenti.
Iman terkejut . “Kimi, sakitlah. Jalanlah , tak perlu berlari. Tengok, dah langgar bahu Iman lagi.”
“Tak pe lah . Sekarang terlanggar bahu, lama-lama I love you.” Hakimi selamba.
“Kimi, Iman marah ni, Kimi main-main.” Iman sudah malu sebenarnya.
“Eh, Kimi serius lah.” Riak wajah cuba diseriuskan.
“I love you .” Hakimi sekali lagi jujur.
“Nak cakap I love you, kahwin la dulu.” Balas Iman . Berani.
“Okay, tunggu minggu depan Kimi datang rumah Iman.” Yakin Hakimi berdepan dengan Iman.
Iman terkejut.
*******
Setelah sebulan bergelar tunangan Hakimi, kini status diri bertukar lagi. Nur Iman bt. Azmi kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Hakimi Bin Saad.
Rakan yang terdekat nyata terkejut dengan berita gembira ini. Masing-masing tidak menyangka dengan pasangan sejiwa ini. Namun, ucapan tahniah tidak lekang dari bibir masing-masing. Yang paling bahagia dan tumpang gembira sudah pasti nya teman sebilik Iman. Inran dan Rina. Mereka berdua lah yang begitu yakin denga kata-kata mereka.
Hakimi dan Iman berpimpin tangan berjalan selepas menghantar kepulangan teman-teman di luar rumah.
Dengan suara yang hanya mampu didengari oleh mereka berdua sahaja, mereka sangat bahagia.
“Terima kasih Iman, sudi jadi pemilik hati ni. ” Tangan di arah ke hati.
“Terima kasih Kimi, sebab langgar bahu ni. ” Tangan lantas di arah ke bahu.
“Terima kasih sebab jatuh hati . ” Hakimi berbisik.
“Terima kasih sebab lengkapkan tulang rusuk ni .” Iman berbisik juga.
Akhirnya, masing-masing melepaskan tawa. Bahagia.
*TAMAT*
Friday, 21 October 2011
Terima kasih tanpa sebab , senyuman tanpa sedar .
Awak .
Ya. Mulanya hanya suka-suka.
Awak dengan terbuka hati melukis tanpa kebenaran empunya hati.
Awak.
Awk mungkin tidak menyedari saat contengan di lakukan.
Awak tanpa sedar memberi kan sebuah senyuman hadir tanpa paksaan di bibirnya.
Awak .
Terima kasih itu kadangkala dapat di ucapkan tanpa sebarang sebab.
Seperti jugak senyuman.
Mampu terukir tanpa sedar.
Awak .
Tidak perlu di tanya untuk apa ucapan penghargaan itu.
Andai senyuman dapat mencantikkan lukisan itu.
Teruskan dengan lukisan tersebut.
Semoga lukisan dapat disempurnakan tanpa sebarang penghalang.
Nota hati : Kawan. Semoga mampu berjalan ke depan tanpa sebarang halangan .
P/s : Hanya menyelami hati kawan yg gembira. Tahniah !
Thursday, 20 October 2011
Berani Tetapi Takut Sebenarnya .
Ya.
Dia berani untuk buat awak ketawa.
Tetapi dia takut untuk buat awak kecewa.
Dia berani untuk menangis.
Tapi dia takut untuk buat awak menangis.
Dia berani untuk buat awak ketawa.
Tetapi dia takut untuk buat awak kecewa.
Dia berani untuk menangis.
Tapi dia takut untuk buat awak menangis.
Dia berani untuk bercerita.
Tapi dia takut bila awak pendam rahsia.
Dia berani untuk melihat awak bahagia.
Tapi dia takut mungkin awak hanya nak melihat dia derita.
Dia berani untuk melihat kebenaran.
Tapi dia takut untuk melihat kepalsuan.
Dia berani untuk jatuh cinta.
Tapi dia takut hati dia akan terluka.
Dia berani untuk cakap dia rindu.
Tapi dia takut bila awak ketawakan dia dulu.
Dia berani untuk makan hati.
Tapi dia takut bila awak berjauh hati.
Dia berani untuk menangis sendirian.
Tapi dia takut bila akan ditinggalkan keseorangan.
Dia berani punya kawan beribu.
Tapi dia takut bila punya musuh yang satu.
Dia berani untuk luahkan rasa hati.
Tapi dia takut bila awak buat tak peduli.
Dia berani untuk yakinkan awak.
Tapi dia takut untuk musnahkan harapan awak.
Dia berani untuk keraskan diri sendiri.
Tapi dia takut bila awak patungkan diri.
Nota : Dia ingin jika awak datang kembali , tapi tolong jangan mainkan hati dia lagi .
Wednesday, 19 October 2011
Buang Rasa itu .
Dia mungkin belum mengerti tentang perasaan itu.
Andai kamu mahu sakitkan dia, buang saja rasa itu.
Jangan biar dia kecewa.
Kamu.
Aku mengerti apa kamu rasa.
Dia juga rasa apa yang kamu rasa.
Tapi jangan menipu kalau untuk melukakan dia.
Mungkin dia tersalah sangka tentang perasaan itu.
Kamu.
Lebih baik jujur dari menipu.
Biar hilang rasa itu.
Agar bisa dia senyum semula.
Jangan beri dia harapan palsu.
Hanya untuk menjaga hati kamu.
Nota aku : Aku lebih suka melihat senyuman dari melihat air mata .
Monday, 17 October 2011
Pelik dengan perasaan ini.
Sabar la. Faham dulu perasaan apa. Bukan perasan.
Pernah alami tak bila ada hari asyik nak marah, nak menangis,nak belasah kawan-kawan ? (ok tipu. Nanti aku yang kena belasah dulu)
Aku benci bila aku alami benda ni.
Penat la.
Diri sendiri tak faham sebab musabab terjadinya benda macam ni.
Sukar untuk melemparkan walau secubit senyuman yang ikhlas untuk orang lain.
Mungkin perlu lebih ketenangan bila hadapi benda yang berkait dengan perasaan yang tak masuk akal ni.
Bila jadi macam ni, kawan yang terperasan akan perubahan aku mungkin akan bertanya .
Pening kah , tak sihat kah , ok ke ? , ada masalah ke ?
Err, aku okay.
Itu ja yang mampu aku jawab.
Nota : Mungkin emosi adakala tak seperti yang dijangka.
Aku tak punya perasaan ?
Tipu !
Semua orang dalam dunia ni yang hidup ada perasaan lah.
Cuma aku pelik dengan aku sendiri.
Aku punya perasaan jugak.
Tetapi, aku tak dapat nak fahami sendiri.
Mungkin kawan-kawan dah lali dengan sifat aku.
Aku ?
Susah sangat nak marah.
Tak ambil peduli dengan cakap-cakap belakang tentang aku.
Mungkin aku sukar nak tunjuk perasaan yang sebenar.
Apa orang nak kata, cakap depan lagi aku suka.
Aku punya perasaan malu jugak.
Tapi tak dapat kenal pasti bila aku malu.
Mungkin kawan yang rapat dapat kesan bila aku malu.
Aku bukan mudah untuk lepas kan air mata.
Tapi bila dah terlepas susah untuk dihentikan. (Aku tak suka yang ni)
Aku mungkin ego dalam tak sedar.
Aku suka cakap lepas.
Bila sedar ada yang terasa dengan aku, baru aku sedar apa aku cakap.
Aku boleh go on dengan apa saja. Tak kisah.
Cuma satu aku tak boleh terima bila orang tengking aku dengan nada yang tinggi tanpa sebab.
Mungkin akan berlaku intonasi suara yang sama tinggi selepas itu.
Aku memang suka uji kesabaran orang.
Pelik. Biar kan.
Aku akan mengarut dan mengarut selagi ada yang layan aku.
Ok. Ada yang aku terlepas tak ? tambah la. Silakan .
p/s : Mungkin ni jugak sebenarnya karut dan rekaan semata . Haha !
Saturday, 15 October 2011
Friday, 14 October 2011
Samar .
Makin jauh.
Makin samar.
Makin hilang.
Aku biarkan semuanya.
Biar pergi jauh dari diri ini.
Aku memang mahukan ia pergi seberapa jauh yang mungkin.
Biar hilang tanpa jejak.
Agar bisa aku bernafas dengan lebih tenang tanpa melihat bayang itu lagi.
Nota : Aku harap biar tak tinggal kesan untuk masa hadapan.
Jangan Benci Insan Itu
Dalam hidup ni kalau boleh jangan cuba untuk membenci insan yang pernah bertakhta di hati kita.
Kelak diri merana.
Aku acap kali terdengar orang berbicara.
Si A : Aku benci Kamal sebab dia dah hancurkan hati aku.
Si B : Memang patut pun bencikan Si Kamal tu sebab dia buat hang merana sampai mcm tu sekali.
Si C : Eh, rasanya tak perlu sampai nak benci. Setiap insan ada buat salah jd tu mungkin salah dia.
# Siapa kita nak hukum dia ? Aku faham mengapa dan kenapa bila terputusnya perhubungan di pertengahan jalan, kita akan mula untuk mencambah sifat benci dalam diri kepada orang tersebut. Kerana sakit hati mengatasi segalanya.
Sendiri fikir.
Mengapa pada mulanya hubungan yang disemai dengan kasih sayang kini mahu dibajai dengan kebencian ?
Tidakkah itu suatu kerugian ? Kita mungkin boleh merancang masa hadapan dengan yakin bahawa tidak mungkin kita akan bersama semula dengan dia yang kita pernah cinta pada mulanya dan benci pada akhirnya.
Tetapi , yakin kah ? sedangkan masa hadapan Allah S.W.T yang tentukan. Kita hanya merancang.
Andai masa hadapan, insan yg dibenci itu adalah tulang rusuk anda, tidakkah ianya sesuatu yang merugikan ? Hanya kerana satu kesilapan, kita tersalah mencorak hati kita. Sedangkan pada waktu yang ada itu mungkin kita boleh bahagia tanpa sifat benci.
Nota : Jangan tambahkan lagi kegembiraan di hati iblis dan syaitan yang melonjak riang dengan adanya sifat benci dalam diri kita.
P/s : Aku tidak pernah dan tidak akan sesekali untuk membenci dia.
Thursday, 13 October 2011
Mungkin Sweet .
Sweet dalam garangnya dia melayan karenah.
Sweet dalam tindakan dia sebagai pelindung kepada gadis.
Ya. Sweet bagi aku lelaki macam ni.
Dia mampu untuk melakarkan senyuman di wajah si gadis bila situasi memerlukan sedemikian.
Mengambil berat tapi tak tunjuk pada si gadis.
Tak lembut dalam melayan si gadis.
Bertegas dalam kata-kata.
Hormatkan pendirian si gadis.
P/s : Saja nak ulas perihal lelaki macam ni.
# Jauh mengelamun.
Wednesday, 12 October 2011
Jatuh Hati
Ok. Tak salah kalau terjatuh hati kan.
Nak buat macam mana dah terjatuh tp sempat bangun kira ok la kan?
P/s: Jatuh terduduk mungkin sukar nak bangun dari jatuh tersungkur kan ?
Ok. Aku terima kasih buat aku jatuh . HAHA ~
Nak buat macam mana dah terjatuh tp sempat bangun kira ok la kan?
P/s: Jatuh terduduk mungkin sukar nak bangun dari jatuh tersungkur kan ?
Ok. Aku terima kasih buat aku jatuh . HAHA ~
Tuesday, 11 October 2011
Lepaskan.
Bila marah, lepaskan .
Hati yang tengah marah perlu ditenangkan.
Jangan di usik.
Hati itu rapuh.
Empunya hati perlu kuat untuk tempuh.
Lepaskan apa yang kau rasa.
Mungkin akan puas.
p/s : Saya nak lepaskan marah kt awak boleh ? Awak buat saya sakit hati kadang-kadang.
Kadangkala.
Ya. Kadangkala kita tak pernah meminta sesuatu untuk terjadi.
Tapi takdir telah menentukan ianya untuk terjadi.
Kadangkala takdir ini mampu buat jiwa lebih kuat.
Tidak lagi rapuh seperti dahulu.
Kadangkala, walau sehebat mana ujian dan takdir datang menimpa.
Ingatlah, Allah mahu menguji diri ini.
Kadangkala, kita perlu tempuh untuk melawan ujian dan takdir itu.
Demi hidup yang perlu diteruskan.
Kadangkala, kita di uji dengan kesedihan.
Tetapi ingatlah bahawa akan muncul jua kebahagiaan.
P/s: Jangan terlalu alpa dengan ujian yang kadangkala ini.
Sunday, 9 October 2011
Bila Rindu
Aku rindu setahun yang lalu.
Sungguh.
Aku tak tipu.
P/s: Masa cepat berlalu. Hargai bila ada.
Hadiah Hari Lahir Untuk Diri
Salam permulaan. Wah, sopan ha.
Tgk tajuk ja mesti nak fikir hadiah yg kita pernah dapat masa hari lahir kita kan. Aku bukan nak cerita pasal hadiah ke apa ka. Cuma aku nak kongsi apa yg kita perlu buat semasa hari lahir kita. Aku dapat masa tgk program semanis kurma episode DIA UNTUKKU. Sapa yg tgk dia tau la.
Hadiah untuk diri kita :
Pada hari lahir kita, sesunatnya buat lah :
- Puasa sunat
- Solat sunat
- Kepada yg nak dapat jodoh, mohon doa untuk dapatkan jodoh yg baik
- Kepada yg belum bertemu jodoh , mohon dipercepatkan jodoh.
- Mohon dilimpahkan rezeki.
- Mohon kebahagiaan .
- Mohon lah kepada Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segalanya.
# Terima kasih Semanis Kurma
p/s : Terima kasih jugak kepada insan-insan yang pernah menjadi pemberi hadiah.
Friday, 7 October 2011
Kembar
Yes. Kali ni tentang kembar.
Aku pasti siapa-siapa yg peka dengan isu semasa pasti akan sedar dengan isu ni.
Bukan la isu sgt pun cuma kisah tentang bayi kembar siam dari Terengganu yg tak dapat dipisahkan. Aku tak dapat bayangkan macam mana 1 hari nanti pasangan kembar siam ni nak menjalanani kehidupan seperti kanak-kanak yg lain. Pembedahan tak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu lebih-lebih lagi kembar siam ni hanya mempunyai 1 jantung.
Mereka berkongsi jantung ! 2 jasad tetapi 1 jantung. Ya. Aku sangat bersimpati dengan bayi tersebut. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup mereka nanti . Amin.
Aku sebagai pasangan kembar, sangat-sangat bersyukur dengan apa yg ada. Sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui segalanya. Selama 20 tahun dilahirkan sebagai pasangan kembar, lelaki dan perempuan , aku berterima kasih sgt-sgt pada mak dgn abah yg bersabar byk dengan segala karenah kami. Sangat bahagia sebagai pasangan kembar, bertuah sebab tak semua orang ada kembar. Lagi bertuah sebab kami kembar sepasang.
Bila bercerita pasal kembar ni , semua orang mesti ckp bestnya, sweetnya, dan mcm-mcm lg kan. Memang best pun. Hee. Memang sweet pun. Semua nak sama kan tp masa kecik-kecik dulu la. Ni dah besar gajah ni ha. Ok tipu. Gajah besar sgt. Masa dah menigkat dewasa ni ha, dah boleh kahwin dah. Haha. Ada la jugak yg sama kadang-kadang tu tp tak semua la kan. Tak kan la baju nak 100% sama kan. Mana boleh. Aku pompuan, dia lelaki , tukar baju. Dia jd pompuan aku jd laki. Ha tak la sampai cmtu. Melampau sgt tu. Ada yg nak sama pun sikit ja kan.
Sebenarnya tak tau nak cerita apa pasal kembar. Aku mampu ckp yg kami bertuah. Alhamdulillah. Syukur.
#SAYANG ABAH. SAYANG MAK. SAYANG SI KEMBAR.
Paksa
Hai gadis kacak .
Aku nak luahkan sikit perihal paksa. Anda-anda pernah merasai di mana keadaan tersebut memaksa anda untuk melakukan sesuatu yg anda tak suka ?
Yes. Aku pasti ramai sgt yg pernah merasainya. PAKSA. Bila diletak dgn imbuhan di depan dan dibelakang, byk maksud yg dapat dirungkaikan. Memaksa, terpaksa, dipaksa, keterpaksaan, dipaksakan, paksaan. Dan mcm-mcm jenis paksa lg. Tak kira la paksa jenis mcm mana pun tp bagi aku, aku memang jenis yg tak suka kena paksa melainkan paksaan tersebut sememangnya memerlukan aku untuk melakukannya.
Mesti tak faham kan ?
Ok contoh paling senang dalam perhubungan. Sapa yg suka kalau nak kawan pun kena paksa ? Come on la ! tak menarik langsung ok. Aku pernah menghadapi situasi mcm ni. Bukan diri nak berlagak sombong atau apa. Cuma kalau ikhlas nak berkawan dgn diri kita, tolong lah, tolong jgn paksa untuk buat sesuatu yg memang kita tak suka.
Bila berkawan ja, nak ajak keluar. Nak ajak makan-makan. Nak ajak jalan-jalan. Memang la aku suka semua tu tp bukan dgn cara paksa dan bukan berdua. Bawa geng baru best kan ? Tak boleh ka nak tunggu sampai di mana satu tahap yg kita panggil selesa ?
Aku sendiri tak suka bila baru kenal, nak melakukan aktiviti seperti tersebut. Sikit-sikit nak keluar. Sikit-sikit nak ajak berjumpa. Dah tu bila tak mau kena paksa pulak. Di beri pilihan sama ada jadi keluar atau nak pergi. Memang la perkataan tak sama, tp maksud nya sama la cek.
Tapi aku memang seorang yg keras hati. Bila aku ckp yg tu, makanya yg tu la. Terpulang la nak bertahan atau tak. Aku tak kisah. Bila cakap kt abah. Ha lg senang jawapan abah. tak payah nak kawan-kawan, kahwin terus. Senang. Ok fine. Aku tak mau.
Aku akui aku memang bukan gadis yg baik. Aku seorang gadis kasar, tak nampak sangat ciri-ciri gadis idaman lelaki tp seboleh mungkin aku cuba untuk jd baik dengan cara aku sendiri. Bila aku tak suka untuk keluar berdua sebagainya mcm tu, mesti la hang faham kan ?
Bukan apa, bila ada yg pertama, tak mustahil untuk yg kedua, bila dh yg kedua, mesti akan ada yg ketiga. Dah tu kalau keluar berdua mesti la jd tiga ye dak ? aku cuba elak la benda mcm ni.
p/s : Nak jd baik memang susah. Tp seboleh mungkin kita perlu jd kuat untuk bertahan dgn diri .
# Abah : Cakap kat dia, tak payah kawan-kawan lah. Masuk kahwin terus. Erk ?! Ok bye.
Semanis Kurma
Oh yes ! program semanis kurma ni sgt menarik perhatian aku. Aku maksudkan utk episode yg bertajuk DIA UNTUKKU. Hah. Aku memang tertarik sgt dengan setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh ustazah husna merangkap isteri kepada Imam muda Aysraf iaitu tetamu jemputan untuk episode pada malam tersebut.
salah satu bait-bait kata : Perempuan umpama tikus , lelaki umpama kucing dimana kucing akan sentiasa mengejar tikus untuk dijadikan makanan. Makanya tikus harus dan mesti berhati-hati dalam setiap langkah yg dilalui dan yg berlaku disekelilingnya. Begitu la jugak dengan si perempuan. Setiap perkara yg dibuat tambah-tambah bila melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kita sebagai perempuan ni kena la hati-hati dlm hidup, berjaga-jaga dlm setiap masa, mesti tinggi nilai kita di mata seorang lelaki.
Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yg baik, begitu la sebaliknya. Dah ramai yg pernah dengar benda ni kan. Jadi fikir-fikirkan lah untuk keselamatan, kesejahteraan diri kita jugak nanti.
p/s : Pesanan untuk diri aku sendiri dan jugak untuk kawan, malah setiap insan yang bergelar wanita.
#Jaga diri, kuatkan hati, insyaallah terbela diri .
Thursday, 6 October 2011
Kau Tipu Aku.
Dalam hidup ni memang susah untuk berlaku adil, berlaku jujur, berlaku ikhlas bila bermain dengan perasaan.
Kadang-kadang tak semua orang mampu buat dengan ikhlas seperti apa yang dituturkan..
Semuanya tipu semata-mata untuk menyedapkan hati sebelah pihak.
Ok aku tak kena tipu pun sebenarnya cuma aku sendiri yang tertipu dengan perasaan. haha.
P/S : lagu yang menyentuh hati . Ok # sedih
Betapa remuk jantungku
kau tipu aku
kau tipu aku
betapa sakit hatiku
kau buang aku
kau buang aku
ku tatap langit yang hitam
saat menanti malam
kau pun tak kunjung datang
kau buat gelap pelangi
lalu kau datang lagi
membuat luka ini
kau jangan mencuba untuk di sini
kau jangan mencuba untuk kembali
bila kau di sini
biar ku yang pergi
kau telah ingkari semua janjimu
kau telah ingkari semua sumpahmu
sudah usai usah cerita tentang kita
jangan pernah kau di sini
jangan pernah kau kembali
P/s/s : Jangan kembali lg kalau untuk menyakitkan sekeping hati ini.
Bermulanya Cuti Semester
Salam. Oh senangnya dalam hati bila cuti semester.
Sapa yg tak suka bila dapat cuti ? meh bgtau sini. Rugi sapa yg tak suka cuti. Cuti ni la masa untuk kita rehatkan minda selepas apa yg kita dh buat selama 4 bulan kurang lebih mcm tu la. Kita dah berhempas pulas siapkan assignment, test, presentation, tidur dlm kelas (aku tak bt yg ni), habiskan final exam dan last kita dapat cuti.
Sapa yg tak suka bila dapat cuti ? meh bgtau sini. Rugi sapa yg tak suka cuti. Cuti ni la masa untuk kita rehatkan minda selepas apa yg kita dh buat selama 4 bulan kurang lebih mcm tu la. Kita dah berhempas pulas siapkan assignment, test, presentation, tidur dlm kelas (aku tak bt yg ni), habiskan final exam dan last kita dapat cuti.
Heee. Ok bila dah start cuti ni aku memang suka merancang mcm-mcm.Sebelum cuti lg aku dh rancang, sampai roommate aku pun tak larat nak layan perancangan aku ni. Tapi 1 pun tak menjadi. Kat sini aku nak cerita segala macam rancangan aku. Aku nk p bercuti, aku nk memancing, aku nk berjoging (walaupun kurus tp aku tak fit lg) , aku nk buat blog (dah berjaya) , nak main-main dgn photoshop (sbb sem depan ada subject photoshop), nak belajar masak, nak keja (tp mls) , nak naikkan badan, nak belajar main gitar dengan si kembar. Haha. Byk kan aku punya rancangan. Aku sendiri tak tau lah sempat ke idak ha nk completekan semua selama sebulan 18 hari ni ha.
Benda pertama yg aku berjaya buat haruslah blog. Aku dh dpt. Online fb toksah kata la. Tiap hari aku online padahal tadak 1 pun notifications naik kt aku. Sedih kan. Then, aku cuba untuk main gitar sebaik mungkin, sbb nnti nak menyanyi smbil petik gitar dgn kawan-kawan. Auwww.
Best !
Best !
Aku cuba jugak utk ubah diri aku jd lebih baik dr sebelum ni. Yelah, sapa yg kenal aku, tau aku mcm mana. Sapa yg rapat dgn aku, faham aku mcm mana.
Konklusi : hargailah masa cuti anda. Luangkan masa bersama mak abah, kakak, abang, adik-adik anda. Masa tu sangat berharga. Lebih mahal dr emas. Emas boleh beli balik , tp masa tak boleh dah nk pajak gadai bagai semua tu.
Wednesday, 5 October 2011
Kisah Hati
Bila bermain dengan hati ni aku pasti semua orang pernah merasai erti sakit bila kecewa, erti gembira bila bahagia.
Dia dgn hal dia, cara dia. Aku dgn cara aku. Fine. Aku sendiri sampai sekarang tak faham apa yg berlaku antara kami. Masing-masing macam orang asing bila berselisih.
Dalam hidup ni tak semua apa yg kita impikan kita akan dapat.
Aku pernah merasa erti sakit. Ya aku mengaku, aku memang tak bercinta dengan dia tp aku cuma kawan tp mesra.
Yeah , kami memang rapat. Ok semua orang tak dapat halang apa yg akan berlaku bila bermain dgn hati ni.
Jadinya, bila semua benda kita buat sekali bersama dlm masa tertentu, kita akan mula sedar yg kita sebenarnya makin sayang dgn seseorang tu lebih dr apa yg had sepatutnya.
Sampai satu masa bila dia terlalu caring dengan kita,study bersama, makan sekali, sms, calling, gift, cholocolate dan mcm-mcm lg yg sweet.
Kita mula tersalah tafsir apa yg berlaku. Niat hanya berkawan tp kita sendiri yg tersalah sangka.
Dalam hal ni, aku tak pernah salahkan dia, tp aku salahkan hati aku bila aku sendiri tak kuat nak melawan apa yg berlaku.
Perkataan sayang memang sgt subjektif.
Jangan salah tafsir terutama bila berkawan rapat antara jejaka dan gadis. Jangan terlalu mudah utuk jatuh “cinta” sebabnya mungkin sukar untuk kita bangun.
Hati aku memang sakit bila dah jd mcm ni. Aku dah tak hilang kawan yg sgt rapat mcm dulu. Sekelip mata hilang bila masing-masing dgn hal masing-masing.
Masih ada harapan tak untuk kembali seperti dulu ? mungkin sukar.
P/S : Bercakap dgn bulan . Bruno Mars.
Subscribe to:
Posts (Atom)