Friday 2 November 2012

Bicara kosong

Awak tahu ?
Bicara kosong dengan awak, indah.
Hilang semua resah.
Cukup untuk mimpi indah.

Ego.

Rindu yang langsung tak pernah cuba untuk diluah.
Walaupun untuk sekali, paling ego aku rasa.
Ego dengan perasaan sendiri.
Ego dengan hati sendiri.
Ego yang boleh pergi mati.

Rindu

Aku rindu hari itu.
Aku rindu bau itu.
Aku rindu masa itu.
Aku rindu manusia itu.
Aku rindu kenangan itu.
Peritnya rindu.
Sungguh.

Wednesday 31 October 2012

Jauh

Kita berhubung atas dasar kenalan
Kita makin rapat atas dasar kesayangan
Kita makin jauh atas dasar keegoan.

Jauhnya kita
Jauh dari apa yang disangka
Tidak terbayang apa hati rasa
Cuma yang pasti sedetik rasa kecewa.

Harus ada.

Kau yang  jauh
Usah dihitung jarak yang ada
Biar seribu apa cara yang ada
Aku cuma harap kau tetap ada
Harus ada di sisi
Biar aku tak kenal erti menyendiri
Rintik yang menitik makin dibuai rasa
Tolong dekati bukan makin menjauhi
Sebab kau harus ada di sisi.

Friday 27 July 2012

Kadang.

Kadang tak faham apa yang hati rasa.
Kadang terkeliru dengan apa yang ada di depan mata.
Kadang tak pasti dengan pilihan yang terhidang di sana.
Kadang tak mampu meluah apa butiran kata.
Kadang seperti mahu berjalan sambil pejam mata.
Biar langgar apa saja.
Moga ada hikmah dibaliknya. 

Wednesday 25 July 2012

.

Biar jatuh tersungkur, jangan jatuh ditolak.
Sakitnya punya beza untuk di elak.